MISI BERKAWAD DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Kota Kinabalu, 20 Februari 2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah telah melakar sejarah apabila berjaya menyempurnakan Misi Rekod Berkawad di Puncak Gunung Kinabalu di bawah Program Pemantapan Fizikal Anggota Keselamatan pada 19 – 20 Februari 2020.

Program ini melibatkan seramai 20 orang pegawai dan anggota keselamatan MKN SABAH yang terdiri daripada Seksyen Pengurusan Keselamatan Negeri (SPKN), Seksyen Operasi (SO), Pejabat Wilayah Kota Kinabalu dan Anggota Keselamatan dari Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu.

Program ini telah memberi suntikan motivasi dan semangat kebersamaan di kalangan para pegawai dan anggota keselamatan. Semua pegawai dan anggota keselamatan berjaya melaksanakan pendakian demi menyempurnakan misi berkawad di puncak Gunung Kinabalu sekaligus mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Semua peserta selamat tiba di Puncak Gunung Kinabalu pada jam 05.15 pagi pada 20 Februari 2020.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut