No | Title | Description |
1 | MALAYSIA BAHARU | Polisi Kerajaan dalam bidang Politik , Ekonomi, Sosial, Media , Keadilan Undang-Undang dan MA63 untuk menjadikan Malaysia kembali digeruni di peringkat Dunia serta rakyat dapat menikmati kemakmuran negara |
2 | PENGURUSAN KESELAMATAN NEGARA | Menjelaskan isu isu keselamatan negara serta tanggungjawab MKN dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan negara dapat diuruskan dengan baik melalui arahan-arahan MKN, DKN, dan Akta MKN |
3 | MEDIA SOSIAL DAN KESELAMATAN NEGARA | Menjelaskan bagaimana rakyat perlu menguruskan media sosial dengan baik supaya tidak menyebar berita palsu dan fitnah serta bagaimana untuk mengesan unsur-unsur –unsur berita palsu, bagaimana pengganas merekrut pengikut mengunakan media sosial |
Pengenalan
eCeramah MKN disediakan kepada orang awam/jabatan/kementerian/swasta bagi memudahkan proses permohonan penceramah daripada pihak MKN. Dengan adanya eCeramah ini, segala proses permohonan penceramah dapat dilakukan secara diatas talian dan segala bentuk komunikasi dan semakan dilakukan melalui emel.
Panduan Bagi Permohonan Penceramah
i. Pemohon adalah terdiri daripada kementerian-kementerian,jabatan kerajaan, sekolah/ universiti, syarikat/swasta, persatuan/ngo dan orang awam. ii. Setiap permohonan perlu dan sudah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan/Pengarah/Pengurus/Penyelia masing-masing mengenai ceramah yang akan diadakan. iii. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh cadangan. iv. Pemohon boleh mencadangkan tajuk ceramah sendiri sekiranya dirasakan bersesuaian dan tiada di dalam senarai cadangan eCeramah.