KELUARGA PENYERANG BALAI POLIS ULU TIRAM AKAN DISAMBUNG TAHANAN SOSMA

KUALA LUMPUR: Semua lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, minggu lalu bakal ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), selepas tempoh reman mereka berakhir hari ini.

Semua mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun akan ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan awal mendedahkan keluarga itu membawa fahaman radikal.

“Apabila kita (polis) memanggil seramai 47 saksi termasuk penduduk di kawasan kejiranan mereka, pihak kami mendapati keluarga suspek memang tidak mencampuri penduduk di kawasan kediaman mereka. Mereka (keluarga) lebih memilih untuk hidup bersendirian dan tidak bercampur dengan masyarakat sekitar mereka.

Bapa suspek pengikut Jemaah Islamiyah

“Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa suspek memang bergerak sendirian namun berdasarkan rekod dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita dapati bapanya adalah seorang pengikut kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

“Apa yang telah pun disebut oleh saya sebelum ini disyaki bapa dia adalah anggota JI, itu memang ada dalam data dan rekod kita, saya kena maklumkan begitu untuk tahu siasatan kita ke arah mana pada awalnya,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ, hari ini.

Razarudin berkata dia cuba menyampaikan maklumat dan fakta yang benar namun ada perkara yang diputar belit oleh sesetengah pihak.

“Tapi apabila kita telah memanggil saksi kejiranan kita dapati bahawa keluarga ini memang isolated (terasing), keluarga tak campur orang, anak perempuan yang terakhir tidak bersekolah, anak yang ditembak mati (suspek) sekolah sampai darjah empat, abang dia sahaja sampai Tingkatan Lima, seorang lagi kakak sampai darjah enam.

“Kita dapati bahawa dia (suspek) langsung tiada jaringan dengan JI, walaupun bapanya pada asalnya dalam data kita itu.

“Saya kena cakap benda yang betul, tapi orang spin (pusing),” katanya.

Beliau berkata siasatan di bawah SOSMA dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman, manakala siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh dan Akta Senjata Api dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Jadi siasatan ini dilaksanakan sekali dengan kerjasama kedua-dua jabatan dalam PDRM, tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut direman sama dibebaskan tanpa syarat, Rabu lalu.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.54 pagi Jumaat minggu lalu, tiga disahkan maut membabitkan dua anggota polis berusia 22 dan 24 tahun serta suspek berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA PADA 7 JUN 2025 (SABTU) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1446H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Marilah kita …
Maklumat Lanjut

SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga …
Maklumat Lanjut

ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan) …
Maklumat Lanjut