JADIKAN AIDILFITRI MEDAN PERPADUAN NASIONAL

Sebagaimana falsafah Aidilfitri merupakan hari di mana manusia kembali kepada fitrahnya yang asal; suci dan bersih daripada dosa sepertimana dia baru dilahirkan, maka penghayatan kepada sambutan dan perayaan Aidilfitri ini seharusnya mampu dicernakan baik dari sudut spiritual mahupun simbolik. Umum mengerti Aidilfitri dari perspektif spiritualnya dikaitkan dengan aspek kerohanian dalam amalan berpuasa yang bertujuan untuk menundukkan nafsu yang cenderung untuk melakukan keingkaran. Walaupun begitu, ramai yang terlepas pandang untuk melihat Aidilfitri dari sudut simbolik, terutamanya dalam konteks perpaduan dan rekonsiliasi nasional.

Ulama dan cendekiawan Islam terkenal, Dr Syeikh Yusuf al-Qaradawi sentiasa menganjurkan agar kedatangan Aidilfitri sentiasa disambut dengan memohon doa kepada ALLAH agar permulaan Syawal itu dimulai dengan keamanan dan keimanan serta diisi dengan amalan kunjung mengunjung kaum keluarga, saudara-mara serta rakan taulan. Ia bersesuaian dengan fitrah manusia yang bersaudara dan hidup bermasyarakat, apatah lagi dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini. Kesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini seharusnya digunakan untuk memupuk perasaan muhibah dan persaudaraan, baik sesama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, musim perayaan seharusnya digunakan bukan sahaja untuk bergembira tetapi turut mengisi perayaan itu dengan unsur penyatuan dan pemupukan semangat kekitaan. Walaupun hubungan kaum di Malaysia ini masih dianggap baik dan stabil, tanpa sebarang usaha untuk memupuknya mampu menggugat kestabilan itu untuk jangka masa panjang. Kehadiran Aidilfitri ini mampu menjadi platform kepada proses rekonsiliasi kebangsaan lantas menjernihkan kembali keharmonian dalam kita meraikan kemeriahan berhari raya.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai keamanan, kita harus mengambil kesempatan pada setiap hari perayaan seperti Aidilfitri untuk mengukuhkan hubungan antara kita. Kita juga harus mengambil peluang untuk melawat rakan Muslim kerana ia dapat membantu mengukuhkan perpaduan dan menghilangkan rasa curiga antara satu sama lain. Tradisi unik kita iaitu mengadakan dan menghadiri rumah terbuka perlu dikekalkan kerana ia dapat membantu kita menghargai jiran dan kawan daripada pelbagai bangsa dan agama. Kita perlu bersyukur kerana dapat tinggal di sebuah negara yang bebas dan aman ketika banyak negara lain berhadapan dengan kekacauan akibat politik, ekonomi dan perang.

Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai yang mesti dipelihara dan dihargai oleh semua warga negara di negara berbilang kaum seperti Malaysia. Kita juga amat bernasib baik kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dan kepelbagaian budaya di Malaysia, termasuk Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni. Namun, lebih banyak usaha perlu dibuat untuk memupuk pemahaman yang lebih baik dalam kalangan rakyat supaya kita dapat mengukuhkan keharmonian antara kaum.

Adalah penting bagi Malaysia untuk terus wujud sebagai negara yang bersatu padu dan aman damai dengan kestabilan politik walaupun terdapat ideologi politik dan pandangan yang berbeza. Oleh itu peliharalah keharmonian yang kita kecapi sekarang ini untuk generasi akan datang dalam menjadikan Malaysia sebuah negeri yang aman damai tanpa sebarang perkara yang boleh memusnahkan sebuah negara yang bernama malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut