DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (KESELAMATAN KESIHATAN)
Setiap sel di dalam badan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak, berhubung-kait dengan sel-sel yang lain di sepanjang masa kehidupan. Kanser terjadi jika jenis sel telah hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan tersendiri tanpa dapat dikawal oleh badan. Menurut YB Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes kanser sebanyak 11% (115,238 kes)bagi tempoh 2012-2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh2007-2011. Kematian akibat kanser merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta (34.95%) dan sebab kematian keempat di hospital KKM (11.56%).
Faktor pertama risiko kanser adalah usia. Kita sedia maklum bahawa kanser boleh menyerang individu tanpa mengira usia. Namun secara hipotesisnya, risiko kanser semakin meningkat apabila usia seseorang individu itu semakin meningkat. Faktor yang kedua adalah gaya hidup. Tabiat merokok, diet makanan yang berlemak serta pekerjaan terdedah kepada bahan kimia adalah contoh gaya hidup yang mungkin boleh meningkatkan risiko kanser. Faktor ketiga adalah obesiti. Individu obes adalah tinggi risiko kanser ekoran kewujudan lemak visceral, atau lemak yang wujud di sekeliling organ penting mengalami keradangan yang teruk. Keradangan ini seterusnya akan menyebabkan penghasilan insulin dan estrogen yang berlebihan seterusnya mungkin akan menyebabkan sel kanser bertambah.
Faktor yang keempat adalah sejarah keluarga. Kanser boleh berlaku dalam satu susur galur keluarga akibat mutasi genetik. Kanser juga boleh disebabkan oleh sistem imuninasi tubuh badan yang lemah. Hal ini adalah penting untuk melawan penyakit. Apabila ia lemah, maka fungsi untuk melawan jangkitan juga turut akan jadi lemah.Selain itu, pendedahan kepada radiasi juga merupakan faktor kepada kanser. Radiasi daripada sinar X, sinar Gamma, partikel Alfa, partikel Beta, neutron, radon yang mungkin akan mengubah DNA tubuh badan manusia yang seterusnya dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kanser.
Kesimpulannya, selain faktor keturunan, faktor-faktor risiko lain boleh meningkatkan risiko seseorang individu terhadap kanser. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kesihatan secara berkala perlulah dilakukan walaupun dalam kesihatan yang baik bagi mengawal risiko kita terhadap kanser.
Rujukan:
-
http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/
-
https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/video/item/kanser-b-malaysia.html
-
https://hellodoktor.com/kanser/kanser-lain/bahaya-kanser-faktor-risiko/
-
https://kpkesihatan.com/2022/02/04/kenyataan-media-ybmk-4-februari-2022-hari-kanser-sedunia/