PAWANA RAMADAN: SOLAT TARAWIH DAN MANFAATNYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

(Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

PAWANA RAMADAN: SOLAT TARAWIH DAN MANFAATNYA

Saban tahun, umat Islam memeriahkan malam-malam bulan Ramadan dengan menunaikan ibadat solat sunat tarawih. Tarawih berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ‘berehat’. Maka, solat sunat tarawih merujuk kepada solat yang dilaksanakan secara berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. Ia dilakukan dalam bulan Ramadan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum masuknya waktu solat Subuh. Di Malaysia, umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat, tetapi ada juga yang menunaikannya sekadar 20 rakaat.

Solat sunat Tarawih boleh ditunaikan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah. Hukum solat sunat Tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat dituntut untuk ditunaikan. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Muslim, yang bermaksud: 

Sesiapa yang menunaikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu...”

Perbuatan solat tarawih menawarkan pelbagai manfaat terhadap psikologi dan fizikal manusia. Sebuah laman web kesihatan, Hello Doktor telah menyenaraikan manfaat psikologi dari perbuatan solat seperti berikut:

  1. Mengurangkan stress: Semasa stres, hormon kortisol manusia yang meningkat akan menyebabkan masalah seperti pelepasan bahan kimia, cytokines yang merangsang keradangan. Ia seterusnya boleh mengganggu tidur, menyebabkan depresi dan kebimbangan, meningkatkan tekanan darah serta menyumbang kepada cepat penat dan fikiran yang berserabut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa meditasi (perbuatan solat) mampu mengurangkan kesan keradangan yang disebabkan oleh stres. Selain itu, meditasi juga boleh mengurangkan keadaan kesihatan yang terkait dengan stres seperti sindrom usus rengsa dan gangguan stres pasca trauma.
  2. Meningkatkan daya fokus: Pandangan mata pada tempat sujud ditambah dengan fokus bacaan ayat semasa solat boleh membantu meningkatkan daya fokus seseorang.
  3. Membantu kesihatan emosi: Posisi paling lama dalam perbuatan solat ialah ketika berdiri membaca atau mendengar bacaan al-Quran. Menurut kajian dari Zahedan University of Medical Sciences di Tenggara Iran, mendengar bacaan al-Quran akan memberikan ketenangan dan membantu meningkatkan kesihatan emosi secara signifikan.
  4. Mengurangkan kehilangan memori yang berkait dengan umur: Peningkatan daya fokus dan pemikiran yang segar semasa menunaikan solat akan membantu mengekalkan minda yang muda, justeru masalah kehilangan memori seperti demensia dan Alzheimer boleh dikurangkan. 
  5. Membantu melawan ketagihan: Disiplin mental yang dibangunkan melalui solat boleh membantu memecahkan kebergantungan dengan meningkatkan kawalan diri dan kesedaran terhadap perangsang ketagihan tersebut. Solat juga mampu mengalihkan perhatian, mengawal emosi dan impuls serta meningkatkan kefahaman terhadap punca ketagihan tersebut yang akhirnya membantu melawan ketagihan.

Selanjutnya, Hello Doktor telah menyenaraikan beberapa manfaat fizikal dari perbuatan solat seperti berikut:

  1. Meningkatkan stamina: Perbuatan solat merupakan satu senaman yang terdiri dari beberapa set pergerakan seperti berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Pergerakan ini akan menggunakan tenaga, seterusnya membantu meningkatkan stamina.
  2. Mengurangkan tekanan darah: Kajian menunjukkan bahawa solat mampu menurunkan tekanan darah dan memberikan ketenangan. Posisi sujud dengan kedudukan otak di bawah paras jantung akan menyebabkan banyak darah dipam ke otak, seterusnya merendahkan tekanan darah dan mencetus ketenangan fikiran.
  3. Mencegah osteoporosis: Osteoporosis adalah keadaan tulang manusia menjadi rapuh dan ia kebiasaannya berlaku dalam kalangan wanita selepas menopaus (kesan perubahan pada hormon estrogen). Pergerakan ketika solat yang dilakukan secara berkala setiap hari mampu mencegah keadaan Osteoporosis.
  4. Rehabilitasi: Pergerakan dalam solat menyerupai proses rehabilitasi yang membantu kesihatan neurologi dan muskuloskeletal. Sebagai contoh, berdiri tegak membantu mengembalikan keseimbangan statik dan dinamik dan rukuk pula menguatkan otot kaki dan belakang badan.

Sesungguhnya menunaikan solat tarawih di bulan Ramadan bukan sahaja dijanjikan manfaat ganjaran pahala, malah diberikan manfaat psikologi dan fizikal kepada pembuatnya. 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut