Waspada scammer Archives - Laman Web MKN

TUJUH (7) PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Prinsip-prinsip ini bertujuan untuk melindungi data peribadi seseorang daripada penyalahgunaan, serta memastikan ia diproses dengan betul dan selamat. Berikut adalah huraian bagi setiap prinsip tersebut:

Prinsip Am

Prinsip Am menggariskan bahawa data peribadi tidak boleh diproses tanpa keizinan individu yang berkenaan, kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang. Sebagai contoh, sebuah syarikat hanya boleh menggunakan data peribadi pelanggan untuk tujuan yang telah dipersetujui, seperti menghantar maklumat promosi jika pelanggan telah memberi persetujuan.

Prinsip Notis dan Pilihan

Prinsip ini menekankan bahawa individu mesti diberi makluman mengenai pengumpulan dan tujuan data mereka serta diberi pilihan sama ada ingin berkongsi data tersebut atau tidak. Contohnya, ketika mengisi borang online, pengguna harus diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan penggunaan data mereka untuk tujuan tertentu seperti pemasaran.

Prinsip Penzahiran

Data peribadi yang telah dikumpulkan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan individu kecuali dibenarkan oleh undang-undang. Misalnya, sebuah bank tidak boleh berkongsi maklumat akaun pelanggan dengan syarikat lain untuk tujuan komersial tanpa kebenaran pelanggan.

Prinsip Keselamatan

Data peribadi yang disimpan mesti dilindungi dengan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk mencegah kehilangan, penyalahgunaan, atau akses tanpa kebenaran. Contohnya, syarikat perlu memastikan bahawa sistem IT mereka dilengkapi dengan firewall dan enkripsi untuk melindungi data pelanggan daripada digodam.

Prinsip Penyimpanan

Data peribadi tidak boleh disimpan lebih lama daripada tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan. Sebagai contoh, sebuah organisasi mungkin menyimpan data pelanggan selama tempoh kontrak sah, dan selepas itu data tersebut perlu dipadamkan atau dianonimkan.

Prinsip Integriti Data

Prinsip ini memerlukan bahawa data peribadi yang disimpan mesti tepat, lengkap, dan terkini. Jika terdapat perubahan dalam data peribadi, seperti alamat atau nombor telefon, organisasi perlu mengemaskini data tersebut untuk memastikan kesahihannya.

Prinsip Akses

Individu mempunyai hak untuk mengakses dan meminda data peribadi mereka yang disimpan oleh organisasi. Sebagai contoh, seorang pelanggan boleh meminta untuk melihat dan membetulkan sebarang maklumat yang tidak tepat yang disimpan oleh penyedia perkhidmatan internet mereka.

Setiap prinsip ini bertujuan memastikan bahawa data peribadi dilindungi dengan baik dan diproses secara etika, sesuai dengan undang-undang perlindungan data di Malaysia.

Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

The post TUJUH (7) PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI appeared first on Laman Web MKN.

JEMAAH HAJI KENA CAKNA PILIH PAKEJ, ELAK JADI MANGSA PENIPUAN AGENSI
SABAN tahun apabila bermula musim mengerjakan haji, sering berlaku kes ada jemaah menjadi mangsa kepada kelemahan tatakelola daripada ejen atau agensi pengendali umrah untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Baru-baru ini, kira-kira 300 bakal jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Makkah, kebingungan apabila agensi umrah menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini. Bakal haji terbabit menyedari diperdaya selepas mendapati pakej haji murah ditawarkan agensi terbabit, menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadat itu. Namun ada laporan menyatakan, agensi terbabit sedang berurusan dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menguruskan visa haji bagi jemaah terbabit. Walaupun menjadi tanggungjawab bagi kerajaan untuk menguruskan permasalahan ini, pihak jemaah juga sepatutnya perlu lebih cakna sebelum membuat keputusan mengerjakan haji mengikut pakej ditawarkan agensi umrah. Sudah banyak kes seumpama ini berlaku dan dilaporkan, maka sebagai rakyat yang bijak serta pasti terdedah kepada pelbagai sumber maklumat sepatutnya berupaya mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atau tatakelola tidak baik agensi umrah ini.

Jangan kerana hendak mengejar pahala ibadah agung, umat Islam terus terpesona dengan pakej ditawarkan sehingga alpa aspek integriti pengurusan haji agensi lalu akhirnya terperangkap dalam jerat penipuan.

Kisah penipuan urusan haji yang pernah dilaporkan sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran dan iktibar kepada umat Islam supaya lebih waspada serta berhati-hati sebelum membuat keputusan. Jemaah tidak seharusnya mengambil mudah dalam membuat keputusan memilih agensi umrah untuk menunaikan ibadah haji atau beranggapan jika berlaku sebarang masalah berbangkit dalam urusan haji, maka kerajaan dan Tabung Haji (TH) akan tampil membantu.

Sikap seperti ini perlu dijauhi umat Islam kerana ia akan menyebabkan Islam dan penganutnya dipandang sinis, seolah-olah tidak mampu berfikir dengan rasional dalam urusan melaksanakan ibadah haji sehingga akhirnya menjadi mangsa penipuan.

Hakikatnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah mewujudkan garis panduan untuk menjadi rujukan kepada jemaah supaya tidak menjadi mangsa kerakusan agensi umrah selain menyenarai hitam syarikat pengendali yang terbabit dengan penipuan. Ketika kita semakin gah melangkah ke era digitalisasi, hidup dalam ruang komunikasi tanpa sempadan, umat Islam perlu memanfaatkan segala sumber maklumat dan komunikasi untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan termasuk dalam urusan ibadah haji atau umrah.

Pihak MOTAC juga perlu lebih agresif mengambil tindakan terhadap agensi mempunyai rekod ‘hitam’ supaya tidak menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa dan pada masa sama memberi kesedaran kepada bakal jemaah supaya lebih teliti sebelum memilih mana-mana pakej haji ditawarkan agensi umrah.

Sumber: Berita Harian

The post JEMAAH HAJI KENA CAKNA PILIH PAKEJ, ELAK JADI MANGSA PENIPUAN AGENSI appeared first on Laman Web MKN.