Undang Rembau Archives - Laman Web MKN

ABD RAHIM YASSIN DIMASYHURKAN SEBAGAI UNDANG LUAK REMBAU KE-22
Datuk Sedia Raja Abd Rahim Yassin dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam Istiadat Pemasyhuran di Balai Undang Luak Rembau di sini pada Khamis. Istiadat itu dimulakan dengan acara pengumuman diikuti tembakan meriam dan Istiadat Menjemput sebelum Lagu Luak Rembau dimainkan seterusnya penyerahan Keris Pesaka kepada Abd Rahim. Majlis kemudian diteruskan dengan Istiadat Menjunjung Kasih dan lafaz ikrar sebelum bacaan doa yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan Amran Awaludin.

Abd Rahim dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Perba Abdul Razak Mohd Yassin kerana berjaya melaksanakan Proses Pemilihan Pesaka Undang Luak Rembau mengikut tatacara. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Abdul Razak serta Pegawai Daerah Rembau Mohd Zamri Mohd Esa yang mempengerusikan istiadat berkenaan dan semua pihak yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap beliau serta institusi adat di Luak Rembau.

Berkenaan kemelut yang berlaku sepanjang proses pemilihan ini, kami memberi jaminan perkara ini akan diambil tindakan sewajarnya. Terima kasih kepada pihak yang memberi pandangan.  Pemilihan Undang Luak Rembau diadakan bagi menggantikan Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, 83, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 15 Mei.

Pemilihan Undang di Negeri Sembilan perlu dipilih daripada calon-calon Suku Biduanda selaku suku asal di negeri ini dan terdapat 12 Suku dalam sistem Adat Perpatih. Abd Rahim, 68, yang dilahirkan di daerah ini ialah Orang Besar Undang Yang Empat bergelar Datuk Shahbandar mulai Februari 1999 dalam Institusi Undang Luak Rembau.

Beliau berpengalaman sebagai guru di beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau sebelum bersara pada 2014. Bapa kepada tujuh cahaya mata itu juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Daerah Rembau 2015 dan Tokoh Guru Daerah Rembau pada 2016 selain dilantik Ahli Majlis Daerah Rembau sejak 2017 sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian

The post ABD RAHIM YASSIN DIMASYHURKAN SEBAGAI UNDANG LUAK REMBAU KE-22 appeared first on Laman Web MKN.

MAJLIS KERAPATAN CARI CALON UNDANG LUAK REMBAU
Biar mati anak, jangan mati adat. Majlis Kerapatan Buapak Delapan Kampung diadakan bagi mencari pengganti Undang Luak Rembau yang baharu, hari ini. Ia susulan kekosongan jawatan berkenaan selepas penyandangnya, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia di kediaman rasminya pada 15 Mei lalu.

Majlis dengan penuh tradisi dan Adat Perpatih itu diadakan di Surau Darul Hikmah Kampung Chenong, Chengkau, di sini, bermula jam 9.30 pagi tadi. Menurut Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin,  kerapatan berkenaan bertujuan menentukan perut atau kampung sebelum memilih calon Undang Luak Rembau yang ke-22. Kerapatan atau mesyuarat ini bertujuan mencari lubuk giliran pusaka dalam kalangan lapan kampung sebagai calon mengisi kekosongan jawatan Undang Luak Rembau. Majlis ini penting bagi mereka untuk mendapatkan kesepakatan dan mengelakkan perselisihan. Selepas bermesyuarat, keputusannya akan diserahkan kepadanya untuk fasa seterusnya.  Adat atau majlis berkenaan diwarisi sejak beratus tahun lalu dan kali terakhir diadakan pada 1998 ketika lantikan Allahyarham Muhamad Sharip.

Pihaknya masih mengekalkan dan mewarisi tradisi ini selain turut mendokumentasikannya sebagai rujukan kepada generasi akan datang bagi mengelakkan perselisihan. Memang sebelum ini pihaknya ada bukukan, namun sekarang zaman sudah maju, ia kini sudah dirakam menggunakan video dan sebagainya.

Majlis ini dimulakan dengan sesi perkenan antara dia dan Datuk Juan, Datuk Zulkipli Shamsudin sebagai pengerusi perapatan sebelum diteruskan dengan mesyuarat antara Buapak Delapan Kampung. Kebiasaannya, segala majlis ini dan fasa seterusnya diadakan dalam tempoh 100 hari selepas penyandangnya meninggal dunia.

Sumber: Berita Harian

The post MAJLIS KERAPATAN CARI CALON UNDANG LUAK REMBAU appeared first on Laman Web MKN.