Sayangi bumi Archives - Laman Web MKN

BAHAYANYA PENCEMARAN TANAH KEPADA ALAM SEKITAR DAN MANUSIA
Masalah pencemaran di Malaysia makin meruncing dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Akibat daripada kelakuan ini, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan inimengakibatkan pencemaran. Pencemaran boleh di  takrifkan sebagai pembuangan benda- benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran yang menyebabkan terjejasnya kemandiran kehidupan. Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya dan membahayakan kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah dan sebagainya.

Tanah yang dikatakan tercemar dalam erti kata biasa merujuk keadaan tanah yang mendatangkan bahaya kepada keadaan persekitarannya kerana kehadiran bahan tercemar diatas tanah berkenaan. Pengertian pencemaran tanah secara ringkas bermakna apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling amnya dan secara khususnya menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah tanah tersebut yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam. Tumpuan diberikan terhadap suatu kawasan tanah iaitu permukaan dan bawah tanah. Pencemaran tanah merujuk hubungan antara tanah dengan kegunaannya atau melihat kepada kesesuaian tanah dengan tujuannya digunakan. Maksudnya, jika suatu kawasan tanah lapang kemudiannya dilonggokan dengan sampah sarap atau sisa pepejal atau buangan, ini tidak bermakna kawasan tersebut tercemar jika kawasan tersebut merupakan suatu kawasan tapak pelupusan sisa pepejal. Harus juga di fahami bahawa apabila kawasan tanah atau tanah-tanih sesuatu kawasan berkenaan hilang kepentingannya untuk sesuatu kegunaan tertentu, ini tidak bererti tanah tersebut tidak boleh digunakan langsung. Tanah itu masih boleh digunakan    bagi tujuan yang lain pula dan kepentingannya mungkin berubah mengikut kesesuiannya. Tanah yang tercemar menurut pengertian perundangan merujuk bahaya yang ada di Kawasan tersebut yang dikaitkan dengan persekitaran. Sekiranya memudaratkan, maka tanah tersebut dianggap sebagai tercemar.

Pencemaran tanah merupakan masalah serius yang  berlaku akibat kehadiran bahan kimiaberbahaya atau pencemar lain dipermukaan tanah atau di dalam tanah. Pencemaran ini boleh mengganggu kesuburan tanah, merosakkan ekosistem dan memberi kesan negative kepada kesihatan manusia melalui rantaian makanan. Oleh itu, alngkah pengurusan sisa yang lebih baik, penggunaan teknologi mesra alam, serta kesedaran awam yang lebih tinggi adalah penting untuk mengurangkan kesan pencemaran tanah dan memelihara alam sekitar.

The post BAHAYANYA PENCEMARAN TANAH KEPADA ALAM SEKITAR DAN MANUSIA appeared first on Laman Web MKN.