narsistik Archives - Laman Web MKN

NARSISTIK, SIKAP ATAU PENYAKIT?
Narsistik atau narsisme, adalah istilah yang sering digunakan dalam bidang psikologi untuk menggambarkan individu yang menunjukkan kecenderungan berlebihan untuk mengagumi dan mencintai diri sendiri. Sikap ini bukan sahaja merangkumi pandangan positif terhadap diri tetapi juga termasuk keperluan untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan daripada orang lain. Dalam konteks yang lebih serius, narsisme boleh menjadi gangguan yang mengganggu hubungan interpersonal dan kesejahteraan mental.

Pertama, individu narsistik sering mempunyai perasaan kehebatan yang berlebihan. Mereka percaya bahawa mereka lebih baik dan lebih unggul daripada orang lain, serta sering membanggakan pencapaian mereka. Sikap ini menjadikan mereka cenderung untuk merendahkan orang lain demi menegakkan imej diri mereka yang tinggi. Perasaan ini juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan masyarakat, di mana mereka mungkin berusaha untuk menunjukkan bahawa mereka adalah yang terhebat dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kedua, adalah kurangnya empati. Narsistik sukar untuk memahami atau merasakan perasaan orang lain. Mereka sering kali menganggap perasaan dan keperluan orang lain sebagai sesuatu yang tidak penting. Hal ini boleh menyebabkan hubungan yang tidak sihat dan konflik.

Ketiga, keperluan untuk mendapat pengiktirafan. Individu narsistik sentiasa mencari pujian dan pengiktirafan daripada orang lain. Mereka mungkin berasa kecewa atau marah apabila tidak mendapat perhatian yang mereka inginkan. Keinginan ini sering kali mendorong mereka untuk menunjukkan diri secara berlebihan di media sosial atau dalam situasi sosial demi menarik perhatian. Ciri lain yang dapat dilihat ialah rasa hak yang kuat. Individu narsistik percaya bahawa mereka berhak mendapat layanan istimewa atau keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang lain. Rasa ini boleh menyebabkan mereka berkelakuan angkuh dan tidak menghormati orang lain, terutamanya dalam situasi yang memerlukan kerjasama. Individu dengan sifat narsistik juga sangat sensitif kepada kritikan. Walaupun mereka menunjukkan keyakinan yang tinggi, mereka sering kali merasakan bahawa kritikan terhadap mereka adalah ancaman kepada imej diri mereka. Ini boleh menyebabkan reaksi berlebihan, seperti kemarahan atau penarikan diri.

Di tempat kerja, sifat narsistik boleh merosakkan dinamik pasukan. Individu yang narsistik mungkin mengambil kredit untuk kejayaan bersama, merendahkan usaha rakan sekerja, dan mencipta suasana yang tidak menyenangkan. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada moral pekerja, tetapi juga boleh mengurangkan produktiviti keseluruhan pasukan.

Narsisme juga mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan mental. Individu narsistik mungkin mengalami masalah seperti kebimbangan dan kemurungan apabila mereka tidak dapat memenuhi harapan tinggi yang mereka tetapkan untuk diri sendiri. Mereka mungkin merasa tertekan apabila menghadapi kegagalan atau kritikan, dan ini boleh menyebabkan mereka berusaha untuk menutup kelemahan dengan cara yang merosakkan.

Narsisme adalah sifat yang kompleks dan sering kali menyakitkan, baik bagi individu yang mengalaminya mahupun orang di sekeliling mereka. Dengan memahami ciri-ciri dan kesan narsisme, kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dalam masyarakat. Penting bagi kita untuk menggalakkan nilai-nilai empati, saling menghormati, dan hubungan yang sihat. Dalam dunia yang semakin mementingkan diri, membina kesedaran mengenai kesan negatif narsisme adalah langkah penting ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan memahami.

Sumber: Berita Harian

The post NARSISTIK, SIKAP ATAU PENYAKIT? appeared first on Laman Web MKN.

NARCISSTIC PERSONALITY DISORDER (NPD) – DURI DALAM DAGING ORGANISASI
“A grandiose sense of self-importance” – Ambardar. S (2023)

Karakter di atas merupakan salah satu ciri personel yang mempunyai gangguan personaliti yang dinamakan sebagai Gangguan Personaliti Narsistik (NPD). Ia dialami oleh seseorang yang terlalu mengagumi kelebihan sendiri, terlalu dahagakan perhatian dan kurang rasa empati terhadap orang lain.

Perkataan narsisime pada asalnya berkaitan dengan mitos Greek yang menggambarkan seorang anak muda bernama Narcissus yang jatuh cinta dan kagum dengan pantulan imejnya sendiri di kolam. Beliau dikatakan menghabiskan masa dengan duduk di kolam tersebut dan terlalu asyik dengan kecantikan fizikal secara berlebihan.

Bacaan statistik menunjukkan bahawa sebanyak satu peratus golongan narsisis boleh dikenalpasti daripada populasi dunia. Dalam konteks negara Malaysia, seramai 300,000 orang dari pelbagai latar belakang sebenarnya tergolong sebagai narsisis tanpa mereka sedari.

Kelebihan yang dicanang oleh individu narsisis ini sebenarnya merupakan gambaran betapa rapuhnya jiwa mereka yang tidak boleh berhadapan dengan kekecewaan.

Mereka turut merasakan maruah orang lain lebih rendah malahan diri mereka terasa tercabar dengan pujian yang diterima oleh orang lain sedangkan pada hakikatnya, mereka sedang berlawan dengan perasaan dan harga diri sendiri yang sebenarnya takut untuk dilihat gagal.

Diri mereka turut terlalu dahagakan perhatian dan pujian dengan mengeksploitasi orang lain untuk mencapai matlamat kerana narsisis ini tidak pernah berpuas hati dengan keadaan di takuk yang lama.

Diri mereka juga akan sentiasa mencari peluang dan kelemahan mangsa dalam melunaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka.

Sifat sebegini bukan sahaja terjadi dalam perhubungan di rumah, kejiranan atau sekolah tetapi sebenarnya turut wujud di tempat kerja.

Adakah individu narsisis ini mampu mengancam keharmonian dalam sesebuah organisasi?

Hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja perlu dipelihara agar gerak kerja sesebuah organisasi dapat dilaksanakan secara lancar dan mantap seterusnya mampu mencapai matlamat kejayaan sesebuah organisasi.

Walau bagaimanapun, keharmonian tersebut boleh tergugat apabila individu narsisis ini sanggup membuat apa sahaja kaedah untuk memecahbelahkan hubungan antara rakan sekerja dan orang bawahan mahupun atasan hanya kerana mereka marah apabila tidak mendapat layanan istimewa.

Apakah individu narsisis ini membawa kebaikan kepada organisasi?

Sesetengah individu akan berpandangan bahawa narsisis ini sebenarnya boleh membawa keuntungan kepada sesebuah organisasi sekiranya gangguan personaliti ini diolah menjadi pengaruh positif kepada orang sekeliling. Mereka bertanggapan bahawa kehadiran narsisis ini boleh “memotivasikan” orang lain untuk lebih meningkatkan produktiviti kerja masing-masing kerana narsisis ini sentiasa berusaha menyaingi keadaan sedia ada. Walau bagaimanapun, kaedah serampang dua mata ini sebenarnya berupaya mencemarkan keharmonian sekiranya tidak ditangani dengan bijak oleh mereka yang lebih berkuasa dalam sesebuah tingkatan organisasi.

Bolehkan individu narsisis ini dirawat?

Secara perubatan, Gangguan Personaliti Narsistik (NPD) ini boleh diurus dengan pendekatan psikoterapi seperti psikoterapi individu, psikoterapi berkumpulan, psikoterapi keluarga, psikoterapi pasangan, terapi kognitif tingkah laku, atau psikoterapi berasaskan objektif jangka pendek.  Namun, agak sukar bagi pengidap NPD untuk bersetuju menerima rawatan kerana secara dasarnya, mereka akan berfikiran tiada apa yang salah pada diri mereka.

Apakah peranan orang sekeliling?

Pengidap NPD ini kebiasaanya tidak menyedari keseriusan gangguan NPD ini kerana mereka terlalu leka dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Justeru, di sinilah wujudnya peranan penting orang sekeliling bagi membantu menyedarkan pengidap NPD dengan memberi peringatan dan garis pemisah agar golongan narsisis ini memahami keburukan tingkah laku mereka dan memberi tamparan realiti bahawa mereka sebenarnya tidak dikagumi orang lain sepertimana sangkaan mereka itu.

Tuntasnya, sifat narsistik ini boleh diklasifikasikan sebagai satu penyakit dan sifat mazmumah yang memakan diri sendiri dan mampu memberi impak buruk ke atas masyarakat sejagat. Justeru, kesediaan membaiki diri dan kebijaksanaan pengurusan sumber manusia bagi sesebuah organisasi sebenarnya berupaya memelihara keselamatan rakyat biarpun hanya bermula daripada seseorang individu. Ia turut bertepatan dengan pemeliharaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (DKN 2021-2025), Teras 8: Keselamatan Rakyat dan Matriks Keselamatan Negara iaitu di bawah Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat.

Disediakan oleh: Nur Aisyah Mohd Yusoff

The post NARCISSTIC PERSONALITY DISORDER (NPD) – DURI DALAM DAGING ORGANISASI appeared first on Laman Web MKN.