Monsun Timur Laut (MTL) Archives - Laman Web MKN

PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2025/2026
Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula pada 𝟏𝟑 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 dan berterusan sehingga Mac 2026. Dalam tempoh MTL ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.

#monsuntimurlaut

#caknacuaca

#metmalaysia

#NRES

#MalaysiaMadani

#SiapSiagaBencana

The post PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2025/2026 appeared first on Laman Web MKN.

BANTUAN KECEMASAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL)
BANTUAN KECEMASAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL)

Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu pusat nombor untuk capaian mudah, iaitu 999.

MERS 999 adalah kerjasama antara Kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk kemudahan rakyat dan merupakan talian kecemasan negara.

Sebagai kesiapsiagaan menghadapi fenomena MTL, adalah dinasihatkan agar orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko bencana untuk mengetahui talian kecemasan negara bagi mendapatkan bantuan kecemasan MTL.

#PekaAmaran

#PatuhArahan

#MalaysiaMADANI

#MalaysiaMadaniSiagaBencana

#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

The post BANTUAN KECEMASAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) appeared first on Laman Web MKN.

5 DAERAH DI TERENGGANU TERJEJAS BANJIR, HAMPIR 3,000 MANGSA DIPINDAHKAN
Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila 2,765 mangsa dipindahkan setakat 8 pagi ini. Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 411 mangsa, malam tadi. Kesemua mangsa daripada 603 keluarga itu kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir susulan satu PPS yang diaktifkan malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga. Ia menyaksikan lima daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,584 mangsa daripada 554 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang mengaktifkan enam PPS bagi menempatkan 94 mangsa daripada 25 keluarga.

Sementara itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu, manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga. Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.

The post 5 DAERAH DI TERENGGANU TERJEJAS BANJIR, HAMPIR 3,000 MANGSA DIPINDAHKAN appeared first on Laman Web MKN.

PENGURUSAN UBAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR
Menjelang awal bulan November sehingga penghujung Januari tahun berikutnya, Malaysia biasanya akan mengalami perubahan penerimaan hujan. Hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut akan melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Pantai Timur Laut Sabah sepanjang tempoh ini.

Jika keadaan berlarutan, negeri-negeri berkenaan mungkin dilanda banjir. Dalam keadaan yang teruk, banjir akan memberi impak kepada kehidupan harian orang ramai terutamanya dari aspek pengurusan kesihatan kerana terdapat fasiliti kesihatan yang terlibat dalam banjir.

Banjir sememangnya memberikan implikasi besar kepada pengurusan kesihatan pesakit dan salah satunya adalah pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan. Kerap kali pesakit mendakwa bahawa mereka mengalami masalah bekalan ubat terputus kerana tidak dapat menyambung bekalan ubat di fasiliti kesihatan akibat daripada terputus hubungan atau menjadi mangsa banjir.

Selain itu, ada juga pesakit yang mengadu bahawa bencana banjir yang terjadi secara tiba-tiba telah menenggelamkan bekalan ubat mereka kerana tidak sempat diselamatkan. Perkara ini menjadi lebih serius apabila semua rekod perubatan turut hilang. Sehubungan itu, pesakit yang tinggal di kawasan yang kerap dilanda banjir perlu diberi pendedahan berkaitan cara pengurusan ubat yang betul dan sistematik untuk menghadapi banjir.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

Pesakit yang tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir seharusnya bersedia lebih awal. Pesakit kronik perlu memastikan bahawa bekalan ubat yang diperlukan untuk mengawal penyakit adalah mencukupi sepanjang tempoh musim banjir. Ubat-ubatan tersebut perlulah disimpan dalam keadaan yang sepatutnya, iaitu pada suhu yang betul, dilindungi daripada kelembapan dan cahaya dan jauh daripada capaian kanak-kanak.

Yang paling penting, ubat perlulah disimpan dalam bekas atau di lokasi yang memudahkannya dipindahkan sekiranya air banjir mula naik. Dokumen atau rekod perubatan juga perlu disimpan dengan selamat supaya tidak hilang atau musnah semasa banjir.

Selain itu, pesakit boleh meminta kerjasama doktor yang merawat supaya memberikan tarikh janji temu seterusnya selepas tempoh musim banjir. Ubat biasanya akan dibekalkan oleh unit farmasi dalam kuantiti yang mencukupi sehingga tarikh janji temu yang berikutnya.

Pesakit juga harus mengambil tahu fasiliti-fasiliti kesihatan berdekatan yang tidak terlibat dengan bencana banjir sebagai alternatif untuk mendapatkan rawatan atau bekalan ubat sepanjang musim banjir.

Pesakit boleh menggunakan perkhidmatan tambah nilai unit farmasi, iaitu Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB). Perkhidmatan ini membolehkan pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti asal untuk mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti kesihatan lain yang dikehendaki. Pesakit perlu maklumkan kepada unit farmasi di fasiliti asal terlebih dahulu sekiranya berminat dalam program ini. Semua pilihan ini adalah untuk memastikan pesakit sentiasa mendapat bekalan ubat yang mencukupi dan tidak mengalami masalah terputus bekalan.

PENGURUSAN UBAT SEMASA BANJIR

Sekiranya rumah pesakit dinaiki air banjir dan dikehendaki berpindah ke pusat pemindahan banjir, pesakit dinasihatkan untuk membawa kelengkapan dan rekod perubatan serta semua ubat yang dimiliki ke pusat pemindahan banjir. Tindakan ini bukan sahaja untuk mengelakkan ubat tersebut daripada rosak atau hilang ditenggelami banjir, malahan untuk memastikan pesakit tidak tertinggal dos yang perlu diambil.Walaupun berada di pusat pemindahan, ubat masih perlu diambil mengikut dos dan selang masa yang diarahkan. Pesakit tidak seharusnya menjadikan banjir sebagai alasan untuk tidak patuh kepada rawatan. Selain itu, pesakit juga diingatkan supaya tidak berkongsi atau memberikan ubat yang dimiliki kepada orang lain walaupun menghidapi gejala penyakit yang sama. Mana-mana pesakit yang tidak mempunyai ubat sendiri perlu dirujuk kepada pasukan perubatan yang bertugas.

Sepanjang musim banjir, apabila pusat pemindahan banjir dibuka, pasukan perubatan akan mula diitubuhkan untuk bertugas sama ada secara bergerak (mobile) atau secara statik. Kebiasaannya, pasukan perubatan ini akan membawa bersama kit banjir yang mengandungi peralatan perubatan dan ubat-ubatan untuk rawatan mangsa banjir. Oleh itu, pesakit yang tidak membawa ubat harus memaklumkan kepada pasukan perubatan supaya pesakit dapat diperiksa dan ubat yang sesuai boleh dipreskripsikan oleh doktor.

TINDAKAN SELEPAS BANJIR

Selepas banjir mulai surut, pesakit dinasihatkan segera mendapatkan rawatan atau bekalan ubat di klinik kesihatan atau hospital. Doktor akan memeriksa pesakit secara menyeluruh dan ubat akan diberikan berdasarkan status kesihatan semasa pesakit. Rekod perubatan dan preskripsi ubat yang hilang juga akan digantikan.

Panduan ringkas ini boleh dijadikan rujukan kepada pesakit dan keluarga untuk menghadapi banjir yang akan melanda saban tahun. Sekiranya perlukan maklumat yang lebih terperinci, pesakit boleh menghubungi fasiliti kesihatan yang berhampiran. Penyakit kronik perlu dikawal dengan baik walaupun dilanda bencana banjir. Pesakit sendiri haruslah proaktif dan sentiasa peka dalam menguruskan bekalan ubat masing-masing pada setiap masa.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi – 5.00 petang).

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

The post PENGURUSAN UBAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR appeared first on Laman Web MKN.

MTL PANTAI TIMUR: PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Banjir merupakan bencana alam yang perlu diberi perhatian kerana ianya mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya.

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amaran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam:

Sebelum Banjir

Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.

Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.

Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat pelan dan latihan pemindahan kecemasan.

Sediakan peralatan kecemasan.

Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Sebelum Banjir – Semasa Tanda-Tanda Dikesan

Dengar pengumuman dari radio.

Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.

Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.

Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.

Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir – Di Dalam Rumah

Dengar pengumuman dari radio.

Bersedia dengan peralatan kecemasan.

Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir – Di Luar Rumah

Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.

Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.

Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

Jangan minum air banjir.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan

Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.

Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.

Semasa Banjir – Semasa Pemindahan

Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.

Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.

Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Selepas Banjir

Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).

Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.

Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan

Pakai kasut.

Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.

Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya

Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.

Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).

Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.

Periksa kerosakan tangki septik untuk elakkan bahaya biologi.

Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

Sumber: jpsweb.terengganu.gov.my

The post MTL PANTAI TIMUR: PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR appeared first on Laman Web MKN.