MKNTere Archives - Laman Web MKN

ENAM PERBUATAN YANG SELALU KITA BUAT TANPA SEDAR & WAJIB DIHINDARI
Berbakti kepada ibu bapa adalah antara kewajipan terbesar dalam Islam. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mereka, dan keberkatan hidup juga bergantung kepada layanan baik terhadap ibu bapa. Namun, tanpa kita sedari, ada perbuatan harian yang kelihatan kecil tetapi termasuk dalam kategori derhaka dan boleh melukakan hati mereka.

Antara bentuk derhaka halus ialah memandang ibu bapa dengan wajah atau pandangan yang kasar. Rasulullah SAW bersabda: “Tundukkan pandanganmu kepada mereka.” (HR Abu Dawud). Pandangan yang tajam atau menunjukkan ketidakpuasan walaupun tanpa suara sudah mampu menyinggung perasaan mereka.

Sikap bermuka masam atau menunjukkan tidak senang juga sangat memberi kesan pada hati ibu bapa. Firman Allah SWT: “Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.” (Al-Isra’: 23). Wajah yang masam, malas melayan, atau riak tidak suka walaupun ketika penat boleh menjadikan hati mereka sedih dan terasa jauh.

Ada juga yang mengeluh atau menunjukkan rasa jengkel apabila diminta membantu. Hadis menyebut: “Kerjakan yang terbaik kepada orang tuamu, jangan sampai mereka marah kepadamu.” (Riwayat Ahmad & Ibn Majah). Mengangkat suara, menarik nafas kuat tanda tidak puas hati, atau menjawab sambil lewa boleh menghilangkan rasa hormat terhadap ibu bapa.

Nada suara yang tinggi atau percakapan kasar juga termasuk dalam derhaka lisan. Hadis menyatakan: “Salah satu dosa besar ialah berkata kasar kepada ibu bapa.” (HR Al-Baihaqi). Walaupun isi percakapan betul, nada yang menyakitkan hati tetap berdosa.

Ada juga bentuk derhaka yang berlaku apabila anak melambat-lambatkan keperluan ibu bapa. Walaupun sibuk, ibu bapa tetap berhak diutamakan selagi mampu. Setiap kelewatan, walaupun kecil, boleh membuat mereka terasa tidak dihargai.

Antara dosa besar yang jarang disedari ialah membuka aib, kelemahan, atau rahsia ibu bapa kepada orang lain. Menceritakan keburukan mereka, mengadu hal keluarga kepada orang luar, atau memperkecilkan ibu bapa merosakkan maruah mereka dan menutup pintu keberkatan hidup.

Berbakti kepada ibu bapa tidak memerlukan kemewahan atau kekuatan fizikal yang besar. Cukuplah dengan memelihara nada suara, menjaga ekspresi wajah, memberi perhatian, dan memenuhi keperluan mereka dengan segera. Setiap layanan lembut dan kesabaran terhadap mereka adalah ibadah, dan setiap senyuman kepada mereka adalah jalan ke syurga.

Selagi ibu bapa masih ada, rebutlah peluang untuk berbuat baik. Jangan tunggu sehingga hanya kubur yang tinggal untuk diziarahi, kerana ketika itu air mata sudah tidak mampu mengubah apa-apa.

Sumber : Channels Waktu Solat Malaysia

The post ENAM PERBUATAN YANG SELALU KITA BUAT TANPA SEDAR & WAJIB DIHINDARI appeared first on Laman Web MKN.

KEMERDEKAAN SATU NILAI KEBEBASAN YANG PERLU DIHAYATI
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah bagi seluruh rakyat negara Malaysia kerana pada detik tersebut negara kita mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan adalah satu rahmat besar yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Rahmat ini diturunkan bukan hanya untuk orang Islam atau Melayu, bahkan dapat juga dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, malah juga kesemua makhluk yang ada di atas muka bumi. Kemerdekaan dari satu sudut boleh difahami sebagai bebas dari perhambaan, keterikatan, lepas dari dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa atau negara lain.

Merdeka juga bermakna bebas daripada belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang menghalang manusia dari mencapai darjat kemanusiaannya sejati.

Dalam konteks negara, kemerdekaan bermaksud terlepas daripada penjajahan politik, ketenteraan, ekonomi, budaya, informasi dan sebagainya. Kemerdekaan juga adalah suatu tuntutan. Sebagai contoh, pembukaan Makkah oleh Baginda Rasulullah SAW merupakan satu pencapaian kemerdekaan yang sangat bermakna dalam sejarah Islam.

Ia adalah lambang kepada pembebasan manusia daripada belenggu kejahilan.

Dalam konteks agama Islam, kebebasan yang ingin dicapai mestilah berdasarkan apa yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadis. Maksud kemerdekaan sebenar adalah kebebasan umat manusia daripada dorongan hawa nafsu, kebebasan manusia daripada cintakan dunia yang melampau sehingga mengenepikan akhirat. Selain daripada itu, kita juga mestilah berusaha untuk membebaskan jiwa dan minda kita daripada hasutan serta bisikan syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan perkara dimurkai Allah SWT.

Justeru itu, marilah sama-sama kita memerdekakan diri kita dari belenggu “penjajahan” dengan kembali memahami, menghayati dan mengamalkan Islam sejati. Mudah-mudahan usaha kita dalam memerdekakan kehidupan kita ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT serta menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat diberikan-Nya.

The post KEMERDEKAAN SATU NILAI KEBEBASAN YANG PERLU DIHAYATI appeared first on Laman Web MKN.

SIRI 2: JOM KENALI KEUNIKAN TASIK KENYIR
Hutan Hujan Tropika

Tasik Kenyir tersohor dengan kehijauan dan ketenangan hutan hujan tropika tertua dunia semenjak 130 juta tahun lampau yang turut menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan dan haiwan.  Ia dipagari oleh Hutan Simpan Kekal Tembat di sebelah utaranya manakala di sebelah selatannya pula terletak Hutan Simpan Kekal Hulu Terengganu yang menuju ke Taman Negara. Dengan iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun, hutan hujan tropikanya amat subur lebih-lebih lagi dengan sumber air melalui sungai-sungai yang mengalir ke tasik.

Perubahan alam semulajadi tidak boleh dinafikan kerana evolusi cuaca, iklim dan lain-lain yang mempengaruhinya. Demikian juga gua-gua di Tasik Kenyir yang sangat indah.Bagi pencinta alam, gua-gua di Tasik Kenyir ialah kewujudan lukisan alam yang penuh dengan keunikan dan misteri. Gua Bewah dan Gua Taat merupakan dua buah gua yang terletak pada bukit batu kapur. Kewujudannya hingga kini masih meninggalkan misteri yang belum dapat dibongkar. Ahli-ahli arkeologi dan sejarawan masih berusaha merungkai rahsia yang tersembunyi di gua-gua ini.

Di sini telah ditemui artifak seperti perkakas dapur, kapak batu dan alat-alat pertukangan yang berasal dari zaman Neolitik yang dianggarkan kira-kira tahun 3000 SM. Selain peninggalan barang purba, di celah celah pancaran cahaya matahari, pelancong, pencinta alam dan sesiapa sahaja boleh menjejaki Gua Taat dan Gua Bewah bagi menghayati sendiri keindahannya. Untuk kemudahan pengunjung, Gua Bewah telah dilengkapi dengan tangga yang sempurna serta sistem solar untuk menerangi bahagian dalamnya. Pengunjung yang berminat juga boleh bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan bersebelahan dengan Gua Bewah.

Kemuncak tertinggi di sekitar Tasik Kenyir ialah Gunung Gagau yang tingginya pada kedudukan 1,376 meter. Kedudukannya juga istimewa kerana ia bersempadankan 3 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Masyarakat Orang Asli

Tasik Kenyir turut mempunyai sebuah perkampungan orang asli kaum Senoi dari rumpun bangsa Semoq Beri yang terdiri daripada 20 keluarga, terletak di Sungai Berua iaitu kira-kira 32 km daripada Pengkalan Gawi dan 9 km dari Sungai Como.

Air Terjun

Air Terjun Lasir merupakan sebutan ramai dek kehebatan airnya yang terjun dari kira-kira 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Di samping itu, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Leban Terengganu dan Air Terjun Petuang adalah beberapa nama yang cukup sinonim dengan kedamaian di Tasik Kenyir.

Aktiviti-Aktiviti Yang Lain Yang Boleh Dijalankan:

Memancing

Tasik Kenyir merupakan destinasi kegemaran buat kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis baka ikan yang boleh ditemui di sungai dan anak sungai di tasik ini, antaranya adalah Kelisa, Kelah, Toman, Baung, Sebarau dan Lampam. Pemancing-pemancing digalakkan untuk memancing ikan di tempat-tempat yang telah dikhususkan seperti Pulau Cacing, Leban, petuang, Saok, dan Terenggan. Tasik ini mempunyai kawasan tadahan air seluas 38,000 hektar dengan lebih 300 spesis ikan air tawar. Terdapat pokok-pokok mati di bawah air yang berfungsi sebagai tempat pembiakan ikan, manakala dahan-dahan pokok pula berfungsi sebagai nutrisi utama untuk ikan-ikan di sini. Pembiakan ikan-ikan bersaiz besar dilakukan di dalam sangkar di beberapa kawasan di tasik ini dengan anggaran hasil 60 hingga 100 tan ikan pada setiap tahun.

Perkhemahan dan Merentas Hutan

Sekiranya aktiviti lasak dan luaran merupakan aktiviti diminati, Tasik Kenyir mempunyai kemudahan tapak-tapak perkhemahan di kelilingi alam semulajadi baik di sekitar tasik, sepanjang laluan rentas hutan dan sekitar kawasan air terjun yang sentiasa menjanjikan pengalaman yang menerujakan. Tapak perkhemahan popular dibina di sepanjang Jeti Pengkalan Gawi dan Gua Bewah, termasuklah di tepi Sungai Saok, Lasir, Tembat dan Lawit. Pengembara yang mendaki gunung dapat menyaksikan pemandangan yang tenang dan luar biasa apabila selesai sahaja mendaki laluan-laluan yang mencabar sepanjang ke Gunung Gagau dan Lawit.

Memerhati Burung

Aktiviti memerhati burung merupakan antara hobi yang semakin diminati di Malaysia. Tasik Kenyir semakin mencipta nama sebagai destinasi eko pelancongan yang mempunyai kepelbagaian spesis flora dan fauna termasuk burung-burung tropika yang menetap dan migratori. Pemerhati burung dapat menghayati suasana segar waktu pagi sambil bersiar-siar dan menikmati alam semulajadi serta kecantikan burung-burung di hutan sekitar Tasik Kenyir. Tasik Kenyir menyediakan habitat yang bersesuaian di mana lebih daripada 290 burung tempatan dan migrasi telah direkodkan. Kenyir menjadi habitat kepada Sembilan spesis burung enggang yang unik dan ianya boleh dilihat di dalam satu hari. Burung pemangsa seperti Burung Helang Selat dan Burung Helang Kelawar juga boleh dijumpai disini. Lokasi yang terkenal untuk memerhati burung adalah di jalan rekreasi Sungai Buweh yang terletak beberapa kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi.

Sukan Luaran Lasak

Tasik Kenyir bukan sahaja destinasi yang sesuai untuk ekspedisi memancing, malahan ia juga merupakan lokasi yang sesuai untuk pelbagai sukan air. Tasik Kenyir yang juga dikenali sebagai litar sukan air, terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh disertai para pengunjung yang gemarkan sukan air seperti berkayak, jet ski, berakit, meluncur air dan banyak lagi. Tasik Kenyir juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan lasak antarabangsa seperti Regatta, Triathlon, pertandingan memancing, cabaran kenderaan ekstrim pacuan 4 roda, kejohanan mountain bike dan motorcross.

The post SIRI 2: JOM KENALI KEUNIKAN TASIK KENYIR appeared first on Laman Web MKN.