Mikroplastik Archives - Laman Web MKN

APAKAH ITU MIKROPLASTIK DAN KESAN KEPADA MANUSIA
Mikroplastik ialah partikel-partikel plastik yang dijumpai dalam alam sekitar. Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat mengkelaskan jenis plastik ini berdasarkan saiznya yang kurang daripada 5 mm, namun ada juga pertikaian yang dibincangkan mengenai spesifikasi ini. Parikel-partikel ini datang daripada pelbagai sumber, termasuk kosmetik, pakaian, dan proses industri.

Mikroplastik datangnya dalam dua kelas: jenis primer hasil penggunaan bahan mentah dan produk oleh manusia, dan jenis sekunder iaitu sisa plastik mikroskopik hasik penguraian puing plastik yang lebih besar. Kedua-dua jenis mikroplastik ini dikenalpasti bersifat tahan lasak dalam alam sekitar pada tahap yang tinggi, terutamanya di ekosistem-ekosistem akuatik dan laut.

Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas bertahun-tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma. Keseluruhan kitaran mikroplastik tidaklah begitu diketahui, namun penyelidikan giat dijalankan untuk memahami isu ini.

Saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam Belanda melakukan kajian ke atas 22 sukarelawan dan telah menemukan cebisan mikroplastik dalam sampel darah yang diambil.

JENIS-JENIS MIKROPLASTIK

Mikroplastik primer

Partikel-partikel mikroskopik ini dihasilkan secara sengajanya untuk tujuan tertentu seperti dalam bahan pencuci muka (menggantikan bahan semulajadi terdahulu yang bertujuan sama seperti badam, oat atau pumis) dan kosmetik, malah juga sebagai bahan vektor untuk dadah tertentu. Partikel ini turut digunakan dalam proses pembagasan udara (air blasting) bertujuan membersihkan jentera, enjin dan badan kapal dengan butiran akrilik, melamin atau poliester untuk menanggalkan karat dan lapisan cat, namun ia sering dicemari logam berat seperti kadmium, kromium dan plumbum selepas beberapa kali digunakan.

Mikroplastik sekunder

Mikroplastik jenis ini terhasil daripada penguraian kepingan plastik yang lebih besar melalui banyak unsur fizikal, biologi dan kimia lalu menjadi semakin terhakis. Faktor ini dapat dikenalpasti berdasarkan bentuk partikel yang kelihatan tidak sekata.

Impak yang berkemungkinan

Mikroplastik sering masuk ke dalam tisu haiwan melalui penelanan atau pernafasan, di mana partikel-partikel ini boleh kekal dalam badan organisma selama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ditinja (berbanding 2 hari pada kadar biasa), namun keadaan ini boleh dijejaskan dengan lebih lanjut lagi apabila partikel terperangkap dalam insang haiwan tertentu. Mikroplastik turut boleh menyerap bahan pencemar kimia yang boleh disebarkan ke dalam tisu badan organisma. Tambahan lagi, haiwan yang bersaiz kecil pula berisiko kekurangan makanan akibat disangka kenyang atau kecederaan fizikal yang lain memakan partikel sebegini. Kesemua aspek ini berkait rapat dengan kesannya kepada manusia yang menjadikan makananan laut sebagai suatu sumber protein yang utama, terutamanya dalam kalangan satu perlima daripada penduduk dunia.

The post APAKAH ITU MIKROPLASTIK DAN KESAN KEPADA MANUSIA appeared first on Laman Web MKN.

MIKROPLASTIK: SAMPAH KINI JADI SEBAHAGIAN DARIPADA TUBUH KITA
Mikroplastik merupakan kepingan halus plastik bersaiz kurang daripada lima (5) millimeter yang hampir-hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ada di mana-mana sahaja. Kajian telah menemukan bahan ini di dalam awan serta dibahagian paling dalam di lautan.

Penemuan mikroplastik dalam kehidupan marin atau di dalam sungai bukanlah sesuatu yang ganjil. Yang membimbangkan ialah penyelidikan mendapati mikroplastik ini boleh memberi kesan ke atas kelakuan haiwan selain memendekkan jangka hayatnya. Persoalannya adakah manusia juga mengalami kesan yang serupa?

MIKROPLASTIK DALAM TUBUH KITA

Mikroplastik adalah kepingan halus plastik yang terhasil daripada bahan api fosil. Penciptaan plastik mengubah cara hidup kita memandangkan bahan ini mudah dihasilkan,ringan,kalis air serta amnya tidak mudah pecah. Plastik juga boleh dikatakan hampir-hampir kekal abadi kerana mengambil masa beratus ribut tahun untuk terurai. Sifat inilah yang menimbulkan masalah bagi dunia sekarang.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam (SWCorp) merekodkan sejumlah 101,949 tan atau 13 peratus(%) daripada sampah yang dihasilkan oleh penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2021 adalah plastik.

Sisa plastik terurai menjadi mikroplastik dan nanoplastik iaitu kepingan plastik yang lebih halus dan dikategorikan sebagai zarah sekunder.

Prof Dr Yusof Shuaib Ibrahim,pakar biologi marin daripada Universiti Malaysia Terengganu menyatakan zarah primer adalah plastik yang dihasilkan dalam bentuk kecil kebiasaanya untuk kegunaan domestic seperti manik-manik yang digunakan seperti pencuci muka dan ubat gigi.

Dalam ekosistem, penemuan plastik di mana-mana sahaja. Mikroplastik dalam tubuh manusia juga begitu. Kajian menemukan mikroplastik antaranya dalam paru-paru,jantung dan plasenta manusia.

CARA -CARA MENANGANI

Semua saintis yang ditemubual bersetuju bahawa langkah menangani harus bermula dari sekarang sekalipun kaitan kukuh antara mikroplastik dan penyakit tidak dapat dibuktikan sehinggalah 10 tahun akan datang. Perkara ini memerlukan perubahan dasar dan juga di peringkat masyarakat. Kegiatan manusia meningkatkan jumplah mikroplastik sitapak bermakna kita perlu mengubah sistem Pengurusan Sisa Dan kemudian menambah baik kelakuan manusia. Sekalipun perubahan dasar kini ke Arab yang betul dengan kerajaan menumpukan pada oenghapusan penggunaan plastik sekali Guna menjelang 2030, ianya bukan mudah untuk mengubah pemikiran manusia.

Plastik mudah duperileh. Murah untuk dihasilkan dan boleh disesuaikan kegunaan mengikut keperluan seseorang. Susah kitar semula plastik di negara ini boleh dikatakan gagal kerana hanya pada kadar 33 peratus setakat 2022 berbanding sasaran 40 peratus menjelang 2025.

Masyarakat perlu memikirkan tentang cara untuk mengubah sikap dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Penggunaan plastik terbiodegradasikan sebagai plastik sekali guna.

Sumber : Bernama.com

The post MIKROPLASTIK: SAMPAH KINI JADI SEBAHAGIAN DARIPADA TUBUH KITA appeared first on Laman Web MKN.