Melaka Hari Ini Archives - Laman Web MKN

PARKIR PERCUMA DI MELAKA SEMPENA MUSIM PERAYAAN
Seri Negeri – Melaka bakal menyediakan parkir percuma kepada orang ramai sempena musim perayaan tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata, inisiatif itu disediakan bagi meraikan rakyat Melaka yang pulang ke kampung halaman dan pengunjung yang bercuti pada musim perayaan.

Menurut beliau, bagi Hari Raya Aidil Fitri inisiatif parkir percuma itu akan diberikan selama tujuh hari, manakala masing-masing dua hari parkir percuma bagi perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina serta Krismas.

“Inisiatif ini membabitkan semua lot letak kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.7 juta,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, selain insentif parkir percuma, Kerajaan Negeri menerusi kesemua empat PBT di negeri ini turut melaksanakan pelbagai projek kemudahan awam untuk tahun depan.

Beliau berkata, antara projek yang dirangka adalah menaik taraf kemudahan pelancongan Sungai Punggor dengan kos RM2.4 juta ringgit dan menaik taraf infrastruktur antaranya pemasangan papan tanda nama jalan baharu dan penggantian lampu LED di Taman Melaka Perdana dengan kos berjumlah RM1.5 juta.

“Turut dilaksanakan pemasangan lampu di sembilan lokasi tumpuan termasuk Masjid Tanah, Pulau Sebang, Durian Tunggal serta Kuala Sungai Baru, selain menambah kemudahan WiFi percuma di kawasan Alor Gajah Sentral serta Pulau Sebang Sentral dengan kos RM360,000.

“Selain itu, turut dilaksanakan Projek Pembangunan Ekopelancongan Persisiran Sungai Kesang, Sungai Rambai dengan kos sebanyak RM4 juta,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

The post PARKIR PERCUMA DI MELAKA SEMPENA MUSIM PERAYAAN appeared first on Laman Web MKN.