keselamatan negara Archives - Laman Web MKN

PUSAT DATA NASIONAL INDONESIA; IKTIBAR YANG PERLU DITELITI
Keselamatan siber menjadi semakin penting bagi negara-negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan dalam penggunaan teknologi digital, ancaman terhadap infrastruktur siber sesebuah negara semakin meningkat. Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi ancaman ini, dengan perluasan infrastruktur digital dan meningkatnya kebergantungan pada sistem siber untuk operasi pentadbiran, industri, dan kehidupan seharian.

Kepentingan Keselamatan Siber bagi Malaysia:

Keselamatan Infrastruktur Kritikal: Infrastruktur kritikal seperti sistem kewangan, air, elektrik dan telekomunikasi rapuh terhadap serangan siber. Perlindungan terhadap infrastruktur ini penting untuk mencegah gangguan besar yang dapat mengganggu kestabilan negara.

Perlindungan Maklumat Sensitif: Data pentadbiran, perusahaan dan individu perlu dilindungi secara ketat daripada capaian yang tidak sah. Kehilangan data yang sensitif akan memberikan implikasi terhadap keamanan nasional, privasi individu, dan kerugian ekonomi yang signifikan.

Pencegahan Terhadap Serangan Negara Asing: Negara-negara maju dan pesaing geopolitik sering kali menggunakan serangan siber sebagai alat untuk espionaj, sabotaj, atau kacau ganggu terhadap kepentingan nasional sesuatu negara. Kemampuan negara untuk mengenal pasti sebarang bentuk serangan siber ini perlu dipertingkat dan sentiasa diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi mencegah serangan ini dengan cepat dan efektif.

Pembangunan Ekonomi Digital yang Selamat: Malaysia sedang berusaha untuk menjadi pusat ekonomi digital di Asia Tenggara. Keselamatan siber yang kuat adalah prasyarat utama untuk menarik pelabur asing melalui kemudahan perdagangan secara elektronik yang selamat dan memajukan ekonomi berasaskan teknologi.

Perlindungan terhadap Kehidupan Berasaskan Digital: Dengan semakin banyaknya transaksi yang dilaksanakan secara digital, termasuk e-kerajaan, e-dagang, dan e-banking, amat penting bagi Malaysia untuk memastikan bahawa rakyatnya dilindungi dari potensi ancaman seperti kecurian identiti dan penipuan online.

Pengajaran dari Insiden Pusat Data Nasional di Indonesia:

Pada 20 Jun 2024, Indonesia dikejutkan dengan serangan siber secara besar-besaran di Pusat Data Nasional (PDN) yang berpangkalan di Surabaya, Jawa Timur oleh sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai ‘Brain Chiper’. Penggodaman itu merupakan siri serangan siber terbaharu sejak beberapa tahun lalu. Ia disifatkan paling teruk pernah terjadi hingga menyebabkan kerugian besar terhadap perkhidmatan kerajaan dalam aspek kehilangan data penting. Penggodam dikatakan menggunakan perisian Lockbit 3.0 untuk melakukan serangan tersebut dan menuntut tebusan sejumlah AS$8 juta (RM37.8 juta) sekiranya PDN ingin mendapatkan kembali akses mereka.  Kejadian ini memberikan beberapa pengajaran yang berharga untuk kita renungi;

Kepantasan Bertindak Balas: Negara perlu memiliki plan tindak balas kecemasan yang jelas dan pasukan yang terlatih untuk memberikan tindak balas terhadap insiden serangan siber dengan cepat. Kesiagaan ini meminimakan kesan negatif dan mempercepatkan proses pemulihan pasca serangan.

Pemerkasaan Sistem Pertahanan Siber: Memperkemas dan memperluaskan sistem pertahanan siber adalah sangat penting. Ini termasuk pelaburan dalam teknologi keselamatan dan perlindungan siber yang canggih. Baru-baru ini, Majlis Keselamatan Negara melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama BlackBerry telah memperkenalkan SecuSUITE untuk kegunaan komunikasi penjawat awam bagi memastikan keselamatan perlindungan maklumat kekal terpelihara.

Kesedaran dan Pendidikan Masyarakat: Peningkatan kesedaran siber di antara masyarakat tentang keselamatan digital adalah kunci utama untuk mencegah serangan siber daripada berlaku. Program advokasi dan kempen kesedaran siber perlu ditingkatkan di semua lapisan masyarakat.

Kerjasama Antarabangsa: Melihat kepada sifat rentas sempadan serangan siber, negara juga perlu mempertingkatkan kerja sama dengan negara-negara lain dalam hal keselamatan siber. Ini termasuk perkongsian risikan siber, pengembangan piawaian keselamatan dan peningkatan kapasiti secara bersama dalam menangani serangan siber.

Peraturan yang Ketat: Kerajaan perlu memperkenalkan peraturan yang ketat untuk melindungi infrastruktur siber dan data sensitif. Ini termasuk piawaian keselamatan yang diperlukan bagi operator layanan digital dan sekatan yang ketat bagi pesalah.

Kesimpulan:

Keselamatan siber bukan sekadar masalah teknikal, tetapi ianya juga merupakan masalah keselamatan negara dan mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi. Tumpuan dalam meningkatkan tahap keselamatan siber merupakan suatu keutamaan untuk melindungi infrastruktur kritikal negara, data sensitif dan masyarakat dari ancaman yang semakin kompleks dan berbahaya ini.

Pengalaman Indonesia melalui insiden Pusat Data Nasionalnya merupakan peringatan yang jelas akan kepentingan perlindungan siber yang efektif dan proaktif.

The post PUSAT DATA NASIONAL INDONESIA; IKTIBAR YANG PERLU DITELITI appeared first on Laman Web MKN.

TREN CHILDFREE; IMPAK TERHADAP KESELAMATAN NEGARA
Konsep ‘Childfree’ dikesan semakin meluas dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya bagi pasangan muda suami isteri yang baru berkahwin. Menurut Islam, terdapat keadaan yang membenarkan pasangan untuk tidak mempunyai anak atas faktor kemudaratan dan kemaslahatan yang membahayakan kesihatan dan terdapat keadaan yang mengharamkan pilihan childfree ini.

Melihat dari perspektif yang lebih luas, konsep childfree di Malaysia berpotensi mengundang implikasi terhadap keselamatan negara secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini perlu diberi perhatian dan diperjelaskan sebaiknya agar penerimaan kepada konsep ini tidak sehingga menggugat keselamatan negara.

Dengan jangkaan Malaysia menjadi negara tua menjelang 2043, iaitu 14 peratus daripada penduduknya terdiri daripada populasi 65 tahun ke atas, konsep childfree yang cuba diterapkan di kalangan pasangan berkahwin akan menambah beban kepada keadaan ini. Dengan penurunan kadar kelahiran baru, negara akan berhadapan dengan situasi kekurangan tenaga kerja muda dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang khususnya dalam sektor kritikal seperti pertahanan, kepolisan mahupun keselamatan awam.

Populasi yang menua turut menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan kesihatan dan sosial yang akan meletakkan tekanan tambahan ke atas sumber daya negara. Situasi tidak stabil ini berpotensi mewujudkan krisis yang tidak perlu akibat daripada keperluan kerajaan untuk memfokuskan kepada kumpulan masyarakat tua yang semakin kurang menyumbang dalam produktiviti negara.

Selanjutnya, penurunan populasi muda akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara akibat daripada jumlah pekerja aktif yang semakin berkurang. Pusingan ekonomi yang tertumpu kepada kelompok umur masyarakat tertentu sahaja tidak akan mampu menjana ekonomi yang lebih berdaya saing dan mapan. Hasilnya, ekonomi yang lemah akan menyumbang kepada ketidakmampuan negara bagi meneroka bidang teknologi baru dan infrastruktur moden yang boleh memacu pembangunan negara.

Konsep childfree juga mampu mengakibatkan ketidakseimbangan demografi masyarakat. Andaikan terdapat satu etnik atau kumpulan masyarakat yang menggunapakai konsep childfree ini dengan bersungguh-sungguh, pastilah di masa hadapan, etnik ini akan menghadapi masalah survival dan ketinggalan di dalam masyarakat kesan daripada jumlah populasinya yang menurun. Hal ini secara langsung akan menyebabkan ketegangan antara kumpulan etnik atau kelas sosial yang berbeza yang akhirnya membawa kepada konflik dan krisis di dalam negara.

Agama tidak menghalang untuk mana-mana pasangan memilih tidak mempunyai anak. Walau bagaimanapun, selain tanggungjawab seseorang individu kepada dirinya sendiri, ia juga harus mula belajar memikirkan kesan dan akibat tindakan yang dilakukannya sekarang kepada negara di masa hadapan.

Negara ini harus diwariskan dengan sempurna kepada generasi yang seterusnya.

The post TREN CHILDFREE; IMPAK TERHADAP KESELAMATAN NEGARA appeared first on Laman Web MKN.

PEMANTAUAN PARAS AIR APM UNIT RANTAU PANJANG
Tarikh : 24/01/2024 (Rabu)

Masa : 1425H

Tempat : Pos Pak Teh Kana

Penglibatan : 01x Pegawai, 03x LLP

Logistik :01x Ambulan (CD200)

Bacaan Paras Air : Tiada Bacaan

The post PEMANTAUAN PARAS AIR APM UNIT RANTAU PANJANG appeared first on Laman Web MKN.

KEDAH TERIMA RM36.34 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR AWAM
Kepentingan penyelenggaraan infrastruktur awam dengan baik adalah amat penting dalam memenuhi keperluan asas masyarakat, mendorong pertumbuhan ekonomi, melindungi alam sekitar, dan memperbaiki kualiti hidup. Ia menyokong kepada usaha pembangunan negara yang berdaya saing dan berkembang pesat.

Tingkat kualiti hidup.

Infrastruktur awam yang diselenggara dengan baik akan membolehkan masyarakat menerima perkhidmatan asas yang berkualiti. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, sistem pengangkutan yang cekap, sistem pembuangan sisa dan kumbahan, serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti. Ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk di sesebuah tempat.

Pertumbuhan ekonomi

Infrastruktur awam yang berkualiti dan cekap juga penting untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan. Lapangan terbang yang baik, pelabuhan yang cekap, rangkaian jalan raya yang luas, dan sistem logistik yang efisyen membolehkan perniagaan beroperasi dengan lancar, pengangkutan barang yang cepat, dan memperluaskan pasaran. Ini menyumbang kepada peningkatan pelaburan, penciptaan pekerjaan, dan pertumbuhan ekonomi yang berkelanjutan.

Keselamatan dan kelestarian alam sekitar

Hal ini juga sebenarnya melibatkan elemen keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Sebagai contoh, jalan raya yang baik akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, sistem pembuangan sisa yang efisyen akan mengurangkan pencemaran alam sekitar dan bekalan air yang kukuh melindungi kesihatan dan kebersihan masyarakat. Penyelenggaraan infrastruktur dengan baik juga boleh mempertimbangkan aspek kelestarian alam sekitar seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui mahupun penggunaan sumber tenaga yang bersih.

Segala usaha ini adalah bertepatan dengan Teras Dasar Keselamatan Negara ke-5 iaitu Keutuhan Ekonomi melibatkan Pembangunan Infrastruktur Negara.

Disediakan oleh : Sharida Shafie

Sumber: KEDAH TERIMA RM36.34 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR AWAM

Foto: Gambar sekadar hiasan.

The post KEDAH TERIMA RM36.34 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR AWAM appeared first on Laman Web MKN.