Keropok Keping Archives - Laman Web MKN

KEUNIKAN TERENGGANU: ‘KEROPOK KEPING’ MAKANAN WARISAN NEGERI
Keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat daripada campuran isi ikan atau udang bersama sagu atau tepung kanji. Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering. Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.

Keropok keping tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan.

Namun, pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga keropok keping berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas.

Kini, Negeri Terengganu dimeriahkan lagi dengan penghasilan produk keropok segera berjenama SEAmEQ. Malahan boleh dikatakan tidak lengkap percutian anda ke Negeri Terengganu sekiranya tidak merasai sendiri keenakan keropok segera SEAmEQ. SEAmEQ merupakan antara produk keropok segera autentik Negeri Terengganu yang kini mulai ditawarkan dengan pelbagai variasi perisa seperti perisa kari, BBQ, bawang putih, keju dan lada hitam. Namun menurut pengusahanya, perisa asli tetap menjadi pilihan utama pengunjung ke Gudang SEAmEQ yang terletak di Tok Jiring. Masuk sahaja ke Gudang SEAmEQ, penggemar keropok akan merasakan seolah-olah berada di ‘Syurga Keropok’ berikutan pelbagai jenis pilihan keropok keeping dan keropok segera yang ditawarkan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya akan keunikan nama ‘SEAmEQ’ itu sendiri. Menurut pengusahanya, pada peringkat awal, perniagaan keropok segera yang dihasilkan syarikat Maperow Sdn Bhd (Maperow) ini tidak mempunyai nama atau label berbanding sekarang. Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan produk itu, mereka hanya memberitahu hendak beli keropok Kak Mek atau keropok Semek. Kak Mek atau Semek merujuk kepada pengusaha keropok ikan segera berkenaan iaitu Puan Azizah Wan Hasan. Bermula daripada situ, suami Puan Azizah yang juga Pengurus Maperow, Encik Tajul Ariffin Mohd Rashid mendapat idea melabelkan semua keropok keluaran syarikat itu dengan nama yang lebih komersial iaitu ‘SEAmEQ’.

Mengkomersilkan nama gelaran ‘Semek’ kepada ‘SEAmEQ’ nyata membuahkan hasil kepada berikutan produk beliau kini mendapat tempahan pelanggan sehingga ratusan ribu paket sebulan. Malahan, kudapan ini menjadi antara makanan tradisi tempatan yang wajib dibawa pulang sebagai buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan. Untuk memudahkan lagi pembeli, SEAmEQ menawarkan keropok dalam bungkusan borong 10 pek setiap bungkusan. Apa lagi, Jom berkunjung ke Negeri Terengganu dan rasai sendiri keenakan hidangan keropoknya!

The post KEUNIKAN TERENGGANU: ‘KEROPOK KEPING’ MAKANAN WARISAN NEGERI appeared first on Laman Web MKN.