Keindahan Alam Archives - Laman Web MKN

SIRI 2: JOM KENALI KEUNIKAN TASIK KENYIR
Hutan Hujan Tropika

Tasik Kenyir tersohor dengan kehijauan dan ketenangan hutan hujan tropika tertua dunia semenjak 130 juta tahun lampau yang turut menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan dan haiwan.  Ia dipagari oleh Hutan Simpan Kekal Tembat di sebelah utaranya manakala di sebelah selatannya pula terletak Hutan Simpan Kekal Hulu Terengganu yang menuju ke Taman Negara. Dengan iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun, hutan hujan tropikanya amat subur lebih-lebih lagi dengan sumber air melalui sungai-sungai yang mengalir ke tasik.

Perubahan alam semulajadi tidak boleh dinafikan kerana evolusi cuaca, iklim dan lain-lain yang mempengaruhinya. Demikian juga gua-gua di Tasik Kenyir yang sangat indah.Bagi pencinta alam, gua-gua di Tasik Kenyir ialah kewujudan lukisan alam yang penuh dengan keunikan dan misteri. Gua Bewah dan Gua Taat merupakan dua buah gua yang terletak pada bukit batu kapur. Kewujudannya hingga kini masih meninggalkan misteri yang belum dapat dibongkar. Ahli-ahli arkeologi dan sejarawan masih berusaha merungkai rahsia yang tersembunyi di gua-gua ini.

Di sini telah ditemui artifak seperti perkakas dapur, kapak batu dan alat-alat pertukangan yang berasal dari zaman Neolitik yang dianggarkan kira-kira tahun 3000 SM. Selain peninggalan barang purba, di celah celah pancaran cahaya matahari, pelancong, pencinta alam dan sesiapa sahaja boleh menjejaki Gua Taat dan Gua Bewah bagi menghayati sendiri keindahannya. Untuk kemudahan pengunjung, Gua Bewah telah dilengkapi dengan tangga yang sempurna serta sistem solar untuk menerangi bahagian dalamnya. Pengunjung yang berminat juga boleh bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan bersebelahan dengan Gua Bewah.

Kemuncak tertinggi di sekitar Tasik Kenyir ialah Gunung Gagau yang tingginya pada kedudukan 1,376 meter. Kedudukannya juga istimewa kerana ia bersempadankan 3 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Masyarakat Orang Asli

Tasik Kenyir turut mempunyai sebuah perkampungan orang asli kaum Senoi dari rumpun bangsa Semoq Beri yang terdiri daripada 20 keluarga, terletak di Sungai Berua iaitu kira-kira 32 km daripada Pengkalan Gawi dan 9 km dari Sungai Como.

Air Terjun

Air Terjun Lasir merupakan sebutan ramai dek kehebatan airnya yang terjun dari kira-kira 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Di samping itu, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Leban Terengganu dan Air Terjun Petuang adalah beberapa nama yang cukup sinonim dengan kedamaian di Tasik Kenyir.

Aktiviti-Aktiviti Yang Lain Yang Boleh Dijalankan:

Memancing

Tasik Kenyir merupakan destinasi kegemaran buat kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis baka ikan yang boleh ditemui di sungai dan anak sungai di tasik ini, antaranya adalah Kelisa, Kelah, Toman, Baung, Sebarau dan Lampam. Pemancing-pemancing digalakkan untuk memancing ikan di tempat-tempat yang telah dikhususkan seperti Pulau Cacing, Leban, petuang, Saok, dan Terenggan. Tasik ini mempunyai kawasan tadahan air seluas 38,000 hektar dengan lebih 300 spesis ikan air tawar. Terdapat pokok-pokok mati di bawah air yang berfungsi sebagai tempat pembiakan ikan, manakala dahan-dahan pokok pula berfungsi sebagai nutrisi utama untuk ikan-ikan di sini. Pembiakan ikan-ikan bersaiz besar dilakukan di dalam sangkar di beberapa kawasan di tasik ini dengan anggaran hasil 60 hingga 100 tan ikan pada setiap tahun.

Perkhemahan dan Merentas Hutan

Sekiranya aktiviti lasak dan luaran merupakan aktiviti diminati, Tasik Kenyir mempunyai kemudahan tapak-tapak perkhemahan di kelilingi alam semulajadi baik di sekitar tasik, sepanjang laluan rentas hutan dan sekitar kawasan air terjun yang sentiasa menjanjikan pengalaman yang menerujakan. Tapak perkhemahan popular dibina di sepanjang Jeti Pengkalan Gawi dan Gua Bewah, termasuklah di tepi Sungai Saok, Lasir, Tembat dan Lawit. Pengembara yang mendaki gunung dapat menyaksikan pemandangan yang tenang dan luar biasa apabila selesai sahaja mendaki laluan-laluan yang mencabar sepanjang ke Gunung Gagau dan Lawit.

Memerhati Burung

Aktiviti memerhati burung merupakan antara hobi yang semakin diminati di Malaysia. Tasik Kenyir semakin mencipta nama sebagai destinasi eko pelancongan yang mempunyai kepelbagaian spesis flora dan fauna termasuk burung-burung tropika yang menetap dan migratori. Pemerhati burung dapat menghayati suasana segar waktu pagi sambil bersiar-siar dan menikmati alam semulajadi serta kecantikan burung-burung di hutan sekitar Tasik Kenyir. Tasik Kenyir menyediakan habitat yang bersesuaian di mana lebih daripada 290 burung tempatan dan migrasi telah direkodkan. Kenyir menjadi habitat kepada Sembilan spesis burung enggang yang unik dan ianya boleh dilihat di dalam satu hari. Burung pemangsa seperti Burung Helang Selat dan Burung Helang Kelawar juga boleh dijumpai disini. Lokasi yang terkenal untuk memerhati burung adalah di jalan rekreasi Sungai Buweh yang terletak beberapa kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi.

Sukan Luaran Lasak

Tasik Kenyir bukan sahaja destinasi yang sesuai untuk ekspedisi memancing, malahan ia juga merupakan lokasi yang sesuai untuk pelbagai sukan air. Tasik Kenyir yang juga dikenali sebagai litar sukan air, terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh disertai para pengunjung yang gemarkan sukan air seperti berkayak, jet ski, berakit, meluncur air dan banyak lagi. Tasik Kenyir juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan lasak antarabangsa seperti Regatta, Triathlon, pertandingan memancing, cabaran kenderaan ekstrim pacuan 4 roda, kejohanan mountain bike dan motorcross.

The post SIRI 2: JOM KENALI KEUNIKAN TASIK KENYIR appeared first on Laman Web MKN.