kampung baru Archives - Laman Web MKN

PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI: PENUBUHAN HOME GUARD
Penubuhan Home Guard

Setelah Lt. Gen. Sir Harold Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi di Tanah Melayu untuk menghadapi ancaman Komunis, beliau telah memperkenalkan apa yang dinamakan sebagai program penempatan semula penduduk iaitu Kampung Baru yang bertujuan khusus memutuskan bantuan kepada gerila pengganas Komunis.

Pastilah idea ini tidak diterima secara total oleh sebahagian penduduk yang terlibat pada ketika itu apatah lagi di kalangan mereka yang cenderung menyokong pengganas Komunis untuk menguasai Tanah Melayu. Ini disebabkan oleh sekatan-sekatan yang dibuat setelah mereka ditempatkan di Kampung Baru dengan kawalan masa berada di luar dan ketetapan catuan bahan makanan pada ketika itu.

Kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang ditempatkan di Kampung Baru memberi kesan langsung kepada perjuangan pengganas Komunis. Jika sebelumnya mereka lebih mudah mendapatkan bekalan bantuan dari penduduk, kini, ia terputus langsung meskipun ada cubaan dari sebilangan kecil yang cuba menyeludup keluar barangan melalui pelbagai usaha dengan menyorokkannya di dalam bekas tersembunyi atau di bahagian-bahagian yang sulit ketika melalui pemeriksaan Home Guard dan anggota polis.

Kejayaan Home Guard

Inilah watak dan kunci kawalan sebenar kepada kejayaan memutuskan bantuan kepada pengganas Komunis. Pelantikan Home Guard pada ketika itu tidak hanya terhad kepada satu-satu kaum sahaja tetapi secara menyeluruh dari kalangan mereka yang berumur 18 hingga 55 tahun. Selain melindungi kawasan penempatan sendiri, Home Guard juga mampu mengambil tindakan sekiranya diancam dan membantu pasukan keselamatan polis dan tentera ketika diperlukan. Watak penduduk kampung yang bergegas cuba membantu Balai Polis Bukit Kepong yang sedang dikepung pengganas Komunis masih segar dan merupakan contoh bagaimana kumpulan penduduk berusaha membantu sedaya mungkin pihak keselamatan dalam mendepani ancaman pengganas Komunis.

Bermula dengan bersenjatakan parang, kemudiannya kumpulan Home Guard mula diberikan senjata api setelah mula dipercayai peranan mereka ini. Pengenalan penubuhan Home Guard bermula untuk memastikan masyarakat luar bandar mengambil secara bersama peranan dan tanggungjawab melindungi penempatan mereka.

Kedua, Home Guard turut digerakkan sebagai kumpulan bantuan kepada anggota polis dan tentera dalam melaksanakan rondaan dan serangan hendap ke atas pengganas Komunis. Mengambil kira pelbagai lokasi terpencil yang memerlukan perhatian dan jumlah anggota keselamatan yang tidak mampu mencapai keseluruhan kawasan pada ketika itu, peranan Home Guard dioptimumkan sebagai pasukan untuk mengawal lokasi-lokasi ini manakala pihak anggota polis dan tentera data memfokuskan kepada usaha pertahanan dan membendung ancaman pengganas komunis secara total di peringkat yang lebih besar.

Strategi membendung ancaman penyebaran ideologi komunisme itu bersifat pelbagai. Memenangi Hati dan Minda Rakyat pada ketika itu bukan bersifat kekerasan dan menggunakan senjata semata-mata. Peranan Home Guard yang membantu dan juga sebagai simbolik show of force merupakan elemen Gerak Saraf penting yang tidak harus dipandang enteng. Setiap satu yang dilaksanakan pada ketika itu merupakan pengajaran berguna yang perlu diteladani dan dijadikan iktibar.

Penulis: Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah

The post PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI: PENUBUHAN HOME GUARD appeared first on Laman Web MKN.