JENDELA Archives - Laman Web MKN

TERENGGANU DAPAT 46 MENARA KOMUNIKASI BAHARU
Anak syarikat Theta Edge Berhad iaitu Theta Telecoms Sdn Bhd telah berjaya membina sebanyak 46 menara telekomunikasi baharu di Negeri Terengganu melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta, Datuk Nuraslina Zainal Abidin berkata, syarikat sangat memahami kepentingan projek tersebut dan teruja dapat menyiapkan pembinaan menara baharu itu mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun 2023.

Menurutnya, usaha dan komitmen syarikat sepanjang proses pembinaan menara baharu itu diharap dapat membantu operator rangkaian mudah alih memperluaskan lagi liputan 4G di kawasan luar bandar untuk manfaat rakyat. Sebagai syarikat yang membangun, kami berbesar hati kerana dapat merealisasikan agenda kerajaan dalam memperluaskan kesalinghubungan digital untuk rakyat di negeri ini.

Theta Telecoms Sdn Bhdberbangga dapat menjadi rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi inisiatif ini dan berpeluang menawarkan kepakaran dalam menyediakan kemudahan infrastruktur tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemuktamadan Penyerahan 46 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 yang dirasmikan oleh Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, di Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini.

Majlis itu juga bertujuan meraikan pencapaian 100 peratus pelaksanaan tapak Jendela Fasa Satu yang sudah siap dibina dan dibangunkan oleh Theta Telecoms Sdn Bhd pada tahun 2023.

Mengulas lanjut,  Nuraslina berkata, penyediaan perkhidmatan akses jalur lebar yang kondusif adalah keutamaan syarikat dalam menuju ke arah era pendigitalan khususnya di Negeri Terengganu kerana capaian internet dapat memudahkan urusan harian rakyat dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat.

Paling penting, ia dapat memperkukuhkan keyakinan pelabur khususnya sektor perindustrian melalui pembangunan ekonomi digital serta melonjakkan lagi industri pelancongan di Terengganu. Antara pembinaan menara baharu yang unik ialah di Pulau Tenggol, Dungun kerana ia mengambil masa selama 150 jam dan meliputi jarak sejauh 83.3 kilometer dari jeti di Kuala Terengganu. Menara setinggi 60 meter ini berjaya dibina dalam tempoh tiga bulan dan banyak cabaran telah dilalui sepanjang proses tersebut namun kami berbangga dapat melaksanakannya dengan sempurna.

Sumber: TRDI

The post TERENGGANU DAPAT 46 MENARA KOMUNIKASI BAHARU appeared first on Laman Web MKN.