Ekonomi rakyat Archives - Laman Web MKN

KEKABU DAN KEUSAHAWANAN: TRANSFORMASI EKONOMI MASYARAKAT DESA
Pokok kekabu sering terdapat di kampung berdekatan rumah kerana tumbuhan ini amat berguna. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia, terutamanya bagi penduduk luar bandar. Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Nama botani pokok kekabu ialah ‘ceiba pentandra’ dan mempunyai ketinggian ketinggian 30m di Malaysia tetapi dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia. Di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan ‘Bombax’. Keluarga kekabu ialah ‘Bombacaceae’.

Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun, iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yang nyata. Di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu paling banyak terdapat di negeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu banyak ditanam di India, Myanmar, China, Indochina dan Asia Tenggara. Pada masa penjajahan Belanda, pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon.

Banir pokok kekabu adalah besar kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat, dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat. Ada kala diameter banirnya berukuran dari satu hingga dua meter. Manakala kulitnya merekah-rekah dan sesetengahnya jenis berduri.

Bunganya berukuran 4cm lebar, bewarna putih kekuningan, mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit, bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam.

Buah kekabu ialah sejenis buah pepisang. Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih, tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Buahnya akan mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak.

Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Daunnya luruh tidak tentu masa. Ada masanya daunnya luruh serentak. Kadang-kadang satu bahagian panjang.

Setiap kuntum bunganya ada salut bunga yang pecah lima. Rangginnya berwarna putih dan berbulu di sebelah luar. Bulu-bulu ini adalah lebih kurang satu sentimeter panjang. Ia berbunga apabila daunnya telah habis gugur. Bunganya kecil berwarna putih merah jambu dan ia berjambak-jambak lebih kurang 20 sentimeter 20 sentimeter, kulitnya berwarna coklat dan tajam hujung pangkal. Dalamnya terdapat kekabu putih atau kekuningan dan biji-biji hitam yang hampir serupa dengan biji kapas.

Kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur. Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya. Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Lain-lain Khasiat dan Kegunaan Pokok Kekabu

Biji kekabu mengandungi sehingga 25% minyak. Minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu mengandungi protien. Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut.

Kayu kekabu pula lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak, kayu mancis dan sebagainya. Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu. Gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras.

Kulit pokok kekabu juga digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain. Di Mexico, kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah, mengubati spasma, luka pada kaki, buasir, gonorea, perangsang haid dan perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Filipina, air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit.

Rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik, iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Air rebusan akar kekabu, buah muda atau gam digunakan sebagai ubat disentri, cirit-birit, edima, dropsi dan perangsang kencing.

Air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus, diminum sebagai ubat demam panas, sifilis dan selepas bersalin. Di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit, kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk,masalah kerongkong, sakit usus dan sakit saluran kencing. Di India, daun muda digunakan sabagai ubat gonorea.

The post KEKABU DAN KEUSAHAWANAN: TRANSFORMASI EKONOMI MASYARAKAT DESA appeared first on Laman Web MKN.

EKONOMI MADANI: IKAN SELAYANG SEEKOR 20 SEN
Peniaga hasil laut di Pasar Kepong mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat dengan menjual ikan selayang pada harga 20 sen seekor. Pengurus perniagaan, Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 43, menyatakan bahawa jualan murah ini bertujuan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam perbelanjaan dapur mereka.

Promosi ini juga merupakan sebahagian daripada pembukaan semula jualan ikan di pasar yang telah lama terbiar. “Hari ini, kami menyediakan 4,800 kilogram ikan selayang yang dijual pada harga yang sangat berpatutan. Pelanggan boleh membeli sebanyak mana yang mereka mahu,” katanya ketika ditemui di pasar tersebut. Beliau menambah bahawa harga jualan ikan selayang akan dikekalkan pada 20 sen seekor setiap hari, memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan sumber protein dengan harga yang rendah.

Operasi perniagaan berlangsung dari 6.30 pagi hingga 2 petang setiap hari, dengan bantuan kira-kira 20 pekerja. Pada hari pembukaan, pelanggan sudah mula berbaris sejak 6 pagi untuk mendapatkan bekalan ikan segar dengan harga murah. Selain ikan selayang, pelbagai jenis ikan dan hasil laut lain turut dijual, termasuk ikan merah, tenggiri, kerisi, sotong, telur ikan, udang, dan ikan selar dengan harga 10 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Wan Ahmad Suhaimi juga merancang untuk mengadakan promosi harga rendah setiap Sabtu bagi ikan selar. Bekalan ikan diperoleh dari Endau di Mersing, Johor dan Kuantan, Pahang, dengan jaminan kesegaran kerana stok baru diambil setiap hari. Dengan langkah ini, beliau berharap dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sambil merangsang semula aktiviti perniagaan di Pasar Kepong.

The post EKONOMI MADANI: IKAN SELAYANG SEEKOR 20 SEN appeared first on Laman Web MKN.

HAMPIR 500 BOT TURUN KE LAUT SETIAP HARI UNTUK BERCANDAT
Dianggarkan hampir 500 bot turun ke laut setiap hari dengan lebih 5,000 pencandat yang mengambil bahagian dalam aktiviti mencandat sotong di sekitar Pulau Kapas dan lokasi-lokasi pilihan lain di Terengganu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata Program ‘Soft Launching’ Musim Candat Terengganu 2024 berjaya menarik lebih 250 peserta dari seluruh Terengganu untuk menyertai Pesta Candat Sotong yang berlangsung di perairan Pulau Kapas hari ini.

Menurutnya, usaha Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menganjurkan program tersebut adalah untuk mengembalikan populariti musim mencandat sotong dengan melibatkan seluruh daerah.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penggiat industri pelancongan untuk bersatu dalam aktiviti yang dinanti-nantikan ini, tetapi juga memperluaskan fokus kepada lokasi mencandat lain di seluruh Terengganu, termasuk Pulau Perhentian, Besut dan Pulau Chepu, Setiu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Soft Launching’ Musim Candat Terengganu 2024 bertempat di Jeti Marang di sini semalam.

Tambah Razali, program itu secara tidak langsung untuk memberi rangsangan ekonomi kepada pelbagai sektor seperti pengusaha bot nelayan, pengusaha hotel dan resort, serta peniaga tempatan.

“Aktiviti mencandat sotong yang popular bermula pada waktu senja sehingga awal pagi menarik minat pelancong tempatan dan luar negara.

“Program ini adalah langkah positif dalam usaha untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan negeri ini dengan lebih merata ke seluruh daerah, seiring dengan saranan kerajaan untuk memperluaskan kepelbagaian destinasi pelancongan di Terengganu,” ujarnya.

Sumber: TRDI

The post HAMPIR 500 BOT TURUN KE LAUT SETIAP HARI UNTUK BERCANDAT appeared first on Laman Web MKN.