EJEN IRIS Archives - Laman Web MKN

EJEN ALI : PERANAN SEMUA PIHAK DALAM KESELAMATAN NEGARA
Rancangan animasi tempatan Ejen Ali bukan sekadar hiburan semata-mata. Ia merupakan satu karya kreatif yang membawa mesej besar berkaitan nilai patriotisme, tanggungjawab sosial serta kepentingan keselamatan negara melalui watak utama, iaitu Ali yang merupakan seorang ejen muda bertugas di agensi rahsia M.A.T.A (akronim bagi Meta Advance Tactical Agency) yang diasaskan oleh Dato’ Othman. Dalam animasi ini, penonton didedahkan kepada pelbagai cabaran yang berkait rapat dengan ancaman keselamatan dan peranan setiap individu dalam mempertahankan negara.

Latar Belakang Penubuhan M.A.T.A

Pada awalnya, Dato’ Othman merupakan seorang pegawai yang ditugaskan menjaga keselamatan kerajaan Cyberaya. Beliau dapat menyaksikan sendiri kelemahan sistem keselamatan sedia ada ketika itu terutamanya apabila negara mula berdepan dengan ancaman moden seperti serangan siber, sabotaj teknologi dan pengintipan rahsia negara.

Beliau menyedari bahawa kaedah konvensional tidak lagi mencukupi. Maka, beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah agensi berteknologi tinggi yang dikenali sebagai M.A.T.A yang beroperasi di ‘bawah tanah’ secara rahsia tetapi sangat berpengaruh dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan Cyberaya.

Begitu juga bagi sesebuah negara berdaulat, bagi mengekalkan keamanan, keselamatan negara perlu dipelihara  melalui pelbagai kaedah baharu, sumber dan tindakan proaktif serta inovatif bagi mengekang ancaman terhadap negara. Keselamatan perlu dinilai dari segala sudut dan setiap cubaan untuk menggugat keselamatan negara wajar ditangani dengan segera.

Simbolik Watak Ejen Ali

Ali merupakan simbol kepada generasi muda, seorang pelajar biasa yang dipilih untuk memikul amanah besar. Walaupun pada awalnya tidak bersedia, dia belajar untuk memahami maksud tanggungjawab, bekerjasama dalam pasukan serta menggunakan ilmu dan teknologi untuk mengatasi ancaman yang muncul.

Dalam dunia Ejen Ali, kejayaan sesebuah misi bukan bergantung kepada seorang individu semata-mata, tetapi kepada kekuatan kerjasama, kepimpinan dan kecekapan pelbagai pihak. Ejen Ali bukan sahaja sendirian tatkala melaksanakan misi penting Cyberaya, tapi sentiasa diawasi dan dibantu oleh Uncle Bakar dan Ejen Alicia yang memberi perlindungan ketika Ejen Ali dalam bahaya.

Pada akhir setiap misi, ketua teras akan berkumpul dan membuat penilaian terhadap kemampuan, kecekapan serta pelaksanaan para Ejen dalam menangani misi tersebut. Ketua Teras kemudiannya akan memberi cadangan penambah baikan kepada ejen-ejen sebelum dilaporkan kepada Dato’ Bakar bagi perubahan dasar di peringkat tertinggi.

Ini secara tidak langsung menyampaikan mesej bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan semata-mata tugas pihak berkuasa seperti polis dan tentera. Kepimpinan tertinggi negara perlu tampil berani dalam mendahulukan ‘political will’ bagi mengutamakan keselamatan negara dan rakyat berbanding agenda lain yang kurang mendesak.

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

Pada masa kini, keselamatan negara bukan sahaja terancam daripada aspek fizikal, malah turut melibatkan serangan siber, penyebaran maklumat palsu, jenayah dalam talian serta pengaruh ideologi ekstrem yang disebarkan melalui media sosial. Maka, peranan untuk mengekalkan keamanan negara turut menuntut kerjasama dari semua lapisan masyarakat.

Ancaman dinamik keselamatan yang mengancam Cyberaya telah mencetuskan idea bagi Dato’ Othman menubuhkan M.A.T.A melalui teras NEURO (sains perubatan berkaitan otak dan sistem saraf), Teras KOMBAT (Pertempuran),Teras TEKNO (Teknologi) dan Teras Inviso (helah dan perisikan).

Kesemua teras ini bukanlah satu elemen berasingan, sebaliknya kesepaduan teras ini merupakan formulasi terbaik yang telah dicipta untuk semua pihak berganding menyelamatkan negara daripada ancaman musuh melalui kepakaran masing-masing.

Peranan semua Pihak Dalam Keselamatan Negara

Golongan Belia dan Remaja

Golongan belia sebagai waris negara dilengkapi dengan kemahiran mengendalikan dunia siber melalui media sosial dan teknologi baharu. Namun, tindakan serta kawalan minda golongan belia dan remaja perlu diperkuat dengan kesedaran bahawa setiap maklumat di media sosial terutama berita palsu perlu dinilai impak dan kesannya kepada negara.

Selain itu, walaupun ejen Ali merupakan ejen handalan yang pernah mengendalikan teknologi tertinggi M.A.T.A seperti I.R.I.S dan Sut Satria, namun Ejen Ali masih berpegang kepada kepentingan untuk mendapatkan ilmu yang formal melalui sekolah dan latihan daripada ejen-ejen senior dalam M.A.T.A untuk mengasah bakat dan meningkatkan kolaborasi bersama Sut Satria.

Ibu Bapa dan Masyarakat

Dr Ghazali dan Ejen Aliya  adalah ibu bapa kepada Ejen Ali. Dr Ghazali merupakan salah seorang peneraju utama bagi bandar Cyberaya yang sering ditampilkan dalam keadaan serba sibuk dan  tidak mempunyai masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ejen Ali. Ejen Aliya pula merupakan sorang ejen cekap mata yang hebat menumpaskan musuh yang menyelinap di segenap Cyberaya.

Walaupun sibuk menghadapi cabaran dan tugasan harian, mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab mendidik Ali dan memastikan Ali mendapat pendidikan berkualiti yang sewajarnya. Mereka juga merupakan simbol kepada ‘kepimpinan melalui tauladan’ yang mendorong Ali untuk menjadi Ejen muda M.A.T.A atas keupayaan berfikir dan kemahiran yang dimiliki serta semangat patriotisme dan tanggungjawab terhadap negara.

Masyarakat

Tapisan keras dari M.A.T.A dalam pemilihan ejen baharu menyebabkan ramai yang tidak berjaya ke puncak. Dalam filem animasi Ejen Ali 2, watak Neonimus adalah karakter ‘virtual‘ yang tidak ada yang tahu tentang identiti sebenarnya. Namun, ia dikenal sebagai dalang penjenayah siber.

Apabila diselidik dengan mendalam, rupanya Neonimus adalah salah seorang calon yang gagal dalam tapisan dan berniat jahat kepada Ali serta berhasrat melumpuhkan semua sistem Cyberaya demi membuktikan dirinya lebih berkemampuan dari Ali. Dia menggunakan segala sumber data yang diperoleh semasa dalam proses tapisan serta menggunakan kepakaran yang dimiliki semata-mata untuk melunaskan dendam yang terbuku di hati akibat kesihatan mental yang tidak stabil

Pengajaran yang boleh didapati ialah masyarakat perlu peka terhadap segala tindak tanduk mencurigakan yang boleh mencetuskan ancaman kepada masyarakat. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kita saling melengkapi dan sentiasa mengambil tahu akan kesejahteraan masyarakat sekeliling yang turut merangkumi kesihatan mental orang di sekeliling.

Watak fiksyen seperti Ejen Ali berjaya mengetengahkan tema keselamatan negara dalam bentuk yang mudah difahami terutamanya oleh golongan muda. Meskipun tidak semua daripada kita bertugas sebagai ejen seperti Ali, namun setiap rakyat Malaysia memiliki peranan masing-masing dalam memastikan negara terus aman, selamat dan makmur.

Dengan semangat cintakan negara dan kesedaran sivik yang tinggi, kita hari ini boleh menjadi ‘ejen’ sebenar dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia di pentas dunia.

Disediakan oleh:

Wan Akmal Irsyad

The post EJEN ALI : PERANAN SEMUA PIHAK DALAM KESELAMATAN NEGARA appeared first on Laman Web MKN.