Cintai Alam Archives - Laman Web MKN

APAKAH ITU MIKROPLASTIK DAN KESAN KEPADA MANUSIA
Mikroplastik ialah partikel-partikel plastik yang dijumpai dalam alam sekitar. Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat mengkelaskan jenis plastik ini berdasarkan saiznya yang kurang daripada 5 mm, namun ada juga pertikaian yang dibincangkan mengenai spesifikasi ini. Parikel-partikel ini datang daripada pelbagai sumber, termasuk kosmetik, pakaian, dan proses industri.

Mikroplastik datangnya dalam dua kelas: jenis primer hasil penggunaan bahan mentah dan produk oleh manusia, dan jenis sekunder iaitu sisa plastik mikroskopik hasik penguraian puing plastik yang lebih besar. Kedua-dua jenis mikroplastik ini dikenalpasti bersifat tahan lasak dalam alam sekitar pada tahap yang tinggi, terutamanya di ekosistem-ekosistem akuatik dan laut.

Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas bertahun-tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma. Keseluruhan kitaran mikroplastik tidaklah begitu diketahui, namun penyelidikan giat dijalankan untuk memahami isu ini.

Saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam Belanda melakukan kajian ke atas 22 sukarelawan dan telah menemukan cebisan mikroplastik dalam sampel darah yang diambil.

JENIS-JENIS MIKROPLASTIK

Mikroplastik primer

Partikel-partikel mikroskopik ini dihasilkan secara sengajanya untuk tujuan tertentu seperti dalam bahan pencuci muka (menggantikan bahan semulajadi terdahulu yang bertujuan sama seperti badam, oat atau pumis) dan kosmetik, malah juga sebagai bahan vektor untuk dadah tertentu. Partikel ini turut digunakan dalam proses pembagasan udara (air blasting) bertujuan membersihkan jentera, enjin dan badan kapal dengan butiran akrilik, melamin atau poliester untuk menanggalkan karat dan lapisan cat, namun ia sering dicemari logam berat seperti kadmium, kromium dan plumbum selepas beberapa kali digunakan.

Mikroplastik sekunder

Mikroplastik jenis ini terhasil daripada penguraian kepingan plastik yang lebih besar melalui banyak unsur fizikal, biologi dan kimia lalu menjadi semakin terhakis. Faktor ini dapat dikenalpasti berdasarkan bentuk partikel yang kelihatan tidak sekata.

Impak yang berkemungkinan

Mikroplastik sering masuk ke dalam tisu haiwan melalui penelanan atau pernafasan, di mana partikel-partikel ini boleh kekal dalam badan organisma selama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ditinja (berbanding 2 hari pada kadar biasa), namun keadaan ini boleh dijejaskan dengan lebih lanjut lagi apabila partikel terperangkap dalam insang haiwan tertentu. Mikroplastik turut boleh menyerap bahan pencemar kimia yang boleh disebarkan ke dalam tisu badan organisma. Tambahan lagi, haiwan yang bersaiz kecil pula berisiko kekurangan makanan akibat disangka kenyang atau kecederaan fizikal yang lain memakan partikel sebegini. Kesemua aspek ini berkait rapat dengan kesannya kepada manusia yang menjadikan makananan laut sebagai suatu sumber protein yang utama, terutamanya dalam kalangan satu perlima daripada penduduk dunia.

The post APAKAH ITU MIKROPLASTIK DAN KESAN KEPADA MANUSIA appeared first on Laman Web MKN.

RANIA JADIKAN HAIWAN TERNAKAN ‘RAKAN KARIB’, TOLAK GAJET.
Ketika kanak-kanak seusianya menghabiskan masa lapang dengan bermain gajet, Wan Rania Amanda Wan Mohd Faizal memilih haiwan ternakan bapanya sebagai rakan karib sehingga tidak boleh berenggang walaupun sehari. Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu menunjukkan minat terhadap haiwan ternakan sejak berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sifat semula jadi dan telatah yang ada pada kambing serta lembu di kandang bapanya di Baruh Tok Jiring dekat sini mencuit hati sekali gus memberikan energi positif terhadap dirinya.

“Saya akan meluangkan masa dengan haiwan-haiwan ini pada sebelah petang srlepas mengikuti sesi pembelajaran di waktu pagi. “Saya rasa seronok dan tenang dapat membelai haiwan-haiwan ternakan ini dan boleh merasai ‘perasaan’ mereka seperti rasa sedih atau rasa gembira.

“Sepanjang waktu cuti sekolah juga, dia akan menghabiskan waktu lapang untuk bermain dengan kambing betina kesayangannya seperti ‘Rocky’ dan ‘Bobby’ serta lembu iaitu ‘Jate’ dan ‘Flora’,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang bapanya dekat sini, pada petang Isnin.

Rania tidak kekok memegang haiwan ternakan sambil berinteraksi dengan haiwan-haiwan itu.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia telah mendalami beberapa kaedah penjagaan haiwan ternakan hasil dorongan bapanya melalui YouTube Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Menurut Wan Rania Amanda, dia semakin mahir dalam ilmu penternakan seperti rawatan sakit perut dan penjagaan anak haiwan yang baru dilahirkan.

“Saya semakin mahir menjaga anak kambing dan lembu serta ternakan yang bunting dan sedang mempelajari jenis-jenis penyakit-penyakit haiwan yang lain. “Saya juga tidak berasa kekok untuk memberi makan, bergurau-senda, bermain kejar-kejar dengan haiwan-haiwan ini sebab saya rasa seronok dan mereka seolah-olah seperti rakan karib saya,” ujar murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 itu.

Sementara itu, bapanya, Wan Mohd Faizal Wan Zulkefli, 37 yang juga seorang kontraktor berkata, Wan Rania Amanda yang meminati subjek Sains dan Bahasa Inggeris menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor veterinar suatu hari nanti. Katanya, dia dan isteri, Shaima Nadhirah M.Muslim, 32 berharap anaknya berjaya menjadi seorang doktor veterinar serta bergelar usahawan ternakan.

Menjadi rutin harian Rania untuk memastikan kambing dan lembu yang dipelihara bapanya diberi makan dan dirawat sekiranya terdapat haiwan yang sakit.

“Kandang ternakan yang ada ini menjadi platform untuk melatih Rania dan empat lagi adiknya supaya dapat pendedahan kepada bidang ternakan pada masa depan. “Rania tunjuk minat yang mendalam terhadap haiwan, agak berbeza dengan adik-adiknya. Kalau saya tak bawa ke kandang setiap petang dia akan merajuk kecuali kalau saya ada alasan kukuh seperti berada di luar Terengganu atau tidak sihat.

“Dia terlalu sayangkan haiwan-haiwan ini. Di rumah pun dia ada bela hamster dan kambing kerdil ‘Nigerian Dwarf’ yang menjadi haiwan kesayangannya,” katanya. Wan Mohd Faizal kini memiliki 350 ekor kambing dan lembu di tiga kandang miliknya yang terletak di lokasi berasingan.

Katanya, dia berhasrat mahu membesarkan lagi perusahaan itu bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang ternakan. “Kita faham bahawa sumber makanan kita pada masa akan datang akan berdepan cabaran, jadi ini adalah salah satu cara saya memupuk minat anak-anak untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini,”ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

The post RANIA JADIKAN HAIWAN TERNAKAN ‘RAKAN KARIB’, TOLAK GAJET. appeared first on Laman Web MKN.