Buli jalanraya Archives - Laman Web MKN

ELAK BULI JALAN RAYA, SABAR KETIKA MEMANDU JAMIN KESELAMATAN
Perjalanan di jalan raya dalam satu tempoh yang panjang dan berdepan dengan kesesakan adalah satu cabaran besar kepada pemandu. Pada situasi ini, sebagai pemandu, kita hendaklah meningkatkan tahap kesabaran dalam berhadapan cabaran demikian. Sejak belakangan ini, kes melibatkan buli jalan raya semakin berleluasa sehingga ada yang berani melakukan serangan fizikal kepada mangsa. Perbuatan membuli jalan raya dianggap sebagai jenayah kerana mereka telah melakukan tindakan agresif yang melanggar peraturan lalu lintas dan boleh merisikokan nyawa orang lain.

Kes buli di jalan raya sememangnya sudah banyak berlaku, bahkan masih berlaku hingga ke hari ini. Sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, kita juga boleh berdepan dengan situasi ini pada bila-bila masa, tanpa dijangka. Bertindak ganas ketika berada di jalan raya bukan sahaja melanggar undang-undang, malah salah di sisi mana-mana agama yang menuntut penganutnya supaya memiliki nilai moral tinggi dan berfikiran positif.

Berpandukan nilai kemanusiaan, jika seseorang dapat berfikir secara rasional, sebarang tindakan ganas, amuk mahupun kejadian buli jalan raya pastinya dapat dihindari daripada berlaku. Kewajaran berfikir sebelum bertindak di luar kawalan perlu diutamakan demi kesejahteraan sejagat. Setiap tindakan perlu seiring dengan perasaan tanggungjawab dan berdasarkan disiplin kendiri yang kuat bagi memastikan tiada mana-mana pihak terjejas akibat emosi tidak stabil, terutama ketika berada di jalan raya.

Bersabar di jalan raya menuntut kita mengikuti peraturan jalan raya yang sudah ditetapkan. Peraturan jalan raya bertujuan memastikan setiap kenderaan memperoleh hak-hak perjalanan dengan selamat. Ia membantu perjalanan lancar dan mengawal perlakuan pemanduan yang boleh mengancam keselamatan. Oleh itu, pemandu tidak boleh sesekali memandu kenderaan dengan kelajuan yang berbahaya, memotong kenderaan lain dengan terburu-buru atau tidak memberikan isyarat kenderaan pada suasana sepatutnya.

Pengetahuan peraturan jalan raya ini hakikatnya dimiliki oleh setiap pemandu. Namun, tidak semua pemandu mematuhi peraturan jalan raya. Sebahagian mereka memandu secara tidak berperaturan sehingga mengancam keselamatan nyawa pengguna.

Hal ini berpunca daripada sikap tidak bersabar dalam pemanduan. Banyak dapatan mengenai punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan pemanduan yang cuai dan gopoh. Apabila seseorang pemandu melintas kenderaan secara gopoh, ia akan mengundang ancaman dan bahaya terhadap perjalanan.

Harus di ingat, bukan hanya kita seorang sahaja yang menggunakan jalan raya. Seeloknya, bertimbang rasalah di antara satu sama lain dan elak mencetuskan provokasi sesama pengguna jalan raya lain. Selain dapat mengelakkan kesesakan jalan raya, ia juga bagi memastikan keselamatan diri anda selamat.

Oleh itu, semua pemandu hendaklah saling bertolak-ansur dalam berkongsi kemudahan jalan, hormat menghormati ketika memandu dan tidak membunyikan suara kenderaan dengan melulu atau dengan nada yang terlalu kuat sehingga mengganggu perjalanan serta mengundang kemarahan pemandu lain

Bersabarlah ketika memandu semoga kita dapat tiba ke destinasi yang ditujui dengan selamat dan ceria.

The post ELAK BULI JALAN RAYA, SABAR KETIKA MEMANDU JAMIN KESELAMATAN appeared first on Laman Web MKN.