TANAH MERAH DAERAH PERTAMA DILANDA BANJIR, 4 PPS DIBUKA

Pada Ahad, Tanah Merah di Kelantan menjadi daerah pertama yang dilanda banjir akibat gelombang ketiga Monsun Timur Laut (MTL).

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada jam 1.30 tengah hari untuk menempatkan mangsa banjir.

Sehingga 5.30 petang, seramai 71 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS yang terletak di beberapa sekolah.

Sungai Golok di Kampung Jenob mencatatkan paras air melebihi tahap amaran, dengan bacaan 23.32 meter pada jam 4.15 petang.

Operasi pemindahan mangsa dijalankan oleh pihak bomba, dengan mangsa dari beberapa kampung terjejas.

Di Kuala Krai, kumpulan guru dan pelajar sekolah terpaksa meredah arus deras akibat limpahan sungai.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk beberapa daerah di Kelantan hingga Isnin.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut