STOR SIMPAN KHEMAH JADI TRANSIT JUAL MESIN JUDI

Berselindung di sebalik perniagaan khemah, sebuah stor di Kampung Baru Rasah di sini dikesan dijadikan transit menjual mesin judi mudah alih. Bagaimanapun kegiatan tersebut terbongkar selepas serbuan dan pemeriksaan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Selasa, jam 4.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, serbuan itu susulan risikan pihaknya sejak dua minggu lalu. Pemeriksaan di premis telah merampas 140 unit mesin slot, 83 unit mesin tembak ikan dan sebuah mesin ‘street fighter’ dipercayai peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM560,000.Kesemua mesin tersebut dipercayai telah pun ada pembeli dan setiap unit dijual pada harga antara RM2,000 ke RM2,500. Pihaknya mengesyaki stor tersebut dijadikan transit untuk penjualan mesin judi mudah alih yang dipercayai dari China.

Stor tersebut dipenuhi dengan khemah, tetapi pada masa sama ambil kesempatan jual mesin judi yang diiklankan dalam talian. Pihaknya masih menyiasat pembelinya daripada mana tapi kita percaya ia untuk tujuan sindiket perjudian dalam talian. Tiga lelaki termasuk seorang warga China berusia lingkungan 30-an yang disyaki pekerja di premis tersebut telah ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963. Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi tiap-tiap mesin perjudian yang disita dan penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. Kesemua tangkapan telah direman dan barang rampasan telah disita untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut