OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN POKOK

RANTAU PANJANG 8 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok yang dikesan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Isuzu mendapati lebih seribu anak pokok pelbagai jenis tanpa dokumen yang sah ditemui di dalam lori tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup anak pokok tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 77, 500.00 dan kes disiasat dibawah Akta 167 Sek 17 Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan dan Sek 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1978. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut