NAK BUANG SAMPAH DI LALUAN CSR KUALA LIPIS-MERAPOH, HATI-HATI ADA CCTV

LIPIS: Pengguna di laluan utama Jalan Lingkaran Tengah (CSR) di antara Kuala Lipis dan Merapoh, di sini, yang menyangka akan terlepas jika membuang sampah, sebaliknya lebih baik berhati-hati.

Ini kerana Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di ‘kawasan pencemaran’ sepanjang laluan berkenaan.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid, berkata pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendidik pengguna jalan, terutama mereka yang melancong semasa cuti sekolah dan cuti perayaan, termasuk mengeluarkan peringatan serta menyediakan tong sampah, namun dianggap kurang berkesan.

“Kami memasang kamera itu di lokasi-lokasi strategik pada 1 Jun lalu. Setakat ini, terdapat penurunan ketara dalam pencemaran di tepi jalan. Masih ada lagi pengguna kenderaan membuang sampah, tetapi tidak seburuk seperti sebelum ini.

“Kamera dipasang di lokasi-lokasi yang sebelum ini dipenuhi sampah termasuk botol plastik, bekas polistiren dan tin minuman aluminium, malah ada membuang botol berisi air kencing.

“Nampaknya pemandu sedar da kamera di kawasan tertentu. Kami kini boleh mengesan mereka yang buang sampah, kenal pasti nombor pendaftaran kenderaan. Inisiatif ini membantu mengubah tingkah laku masyarakat (mengurangkan pembuangan sampah),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sharudin berkata, CCTV terbabit dipasang dengan kerjasama Majlis Daerah Lipis (MDL) yang mempunyai akses kepada rakaman.

“Mereka yang tertangkap mungkin dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya lagi.

April lalu, tular kejadian pengguna CSR, laluan yang tidak mempunyai hentian rehat dan stesen minyak, membuang sampah di sepanjang laluan itu pada musim perayaan Aidilfitri.

Kejadian itu memaksa SWCorp meletakkan lapan tong sampah di kawasan strategik sepanjang jalan berkenaan, selain memasang kain rentang atau notis untuk mengingatkan pengguna jalan supaya membuang sampah di tong sampah yang disediakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan dua hentian rehat dan rawat, iaitu di antara Bentong dan CSR Raub, selain berhampiran Kampung Kechau Tui di Lipis.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut