MENTERI PUAS HATI KESIAPSIAGAAN BANJIR DI KELANTAN

 

RANTAU PANJANG – Penyandang taklif Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berpuas hati dengan kesiapsiagaan bantuan bencana monsun timur laut oleh agensi-agensi yang terbabit di negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Tapak Projek Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Tersang, Rantau Panjang, semalam.
“Menurut maklumat yang kita terima daripada Jabatan Meteorologi Malaysia baki hujan masih ada 40 peratus dan kita berharap ia tidak turun sekaligus.
Bagaimana pun projek pembinaan laluan air yang dibina di Kampung Tersang ini mampu mengurangkan kurang lebih 70 peratus aliran,” katanya.
Tambahnya, jika berlaku pertembungan antara Pilihan Raya Umum (PRU) dan banjir, pihaknya sudah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri yang mana salah satu usahanya menjadikan pusat mengundi juga sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Berhubung perkara yang sama, beliau berharap semua agensi terus memberi kerjasama yang baik dalam mendepani sebarang kemungkinan.
Turut sama, penyandang kerusi parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Jajahan Pasir Mas, Hazmi Abdul Hamid dan pegawai agensi kerajaan antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut