PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN JALUR GEMILANG 2022

PUTRAJAYA, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Dataran Putrajaya hari ini.

Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia akan menjelajah ke seluruh negara bermula hari ini dari Putrajaya dan berakhir 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022), Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM 2022, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek.

#KKOMM

#HKHM2022

#KeluargaMalaysiaTeguhBersama

#KeluargaMalaysia

#Merdeka360

Sumber : KEMENTERIAN KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA, KKMM  https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut