SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG: SESI 4

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik satu pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian pemyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kajian penyelidikan ini menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan, pasukan penyelidik daripada UiTM Negeri Pulau Pinang telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGDs) dengan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang. Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju keselamatan yang terlibat dalam melaksanakan strategi yang digariskan mengikut setiap Nilai Teras Keselamatan.

FGDs bagi Nilai Teras Keselamatan Negara 4: Tadbir Urus Yang Baik telah dijalankan pada 28 Julai 2022 di UiTM Cawangan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan agensi-agensi seperti berikut:

1. Jabatan Tenaga Kerja;
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
4. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang;
5. Majlis Keselamatan Negara;
6. Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia;
7. Institut Integriti Malaysia;
8. Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Pulau Pinang; dan
9. Jabatan Audit Negara.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut