KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sehingga kini berjaya mengekalkan imej bersih dengan bebas daripada sebarang gejala salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan dan petugas di bawah seliaan majlis itu termasuk imam-imam masjid.
Dalam Islam sekali pun, hukumnya haram untuk mengambil atau memberi rasuah dan MAIK terapkan amalan integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangan termasuk kepada imam-imam masjid yang mana di kampung-kampung mereka menjadi contoh diteladani.
Usaha ini akan memberi keyakinan kepada umum bahawa MAIK sentiasa menekankan ketelusan dalam semua penugasan yang dilakukan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Mukim Tahun 2022 di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, di sini, pada Isnin.