POLIS CEKUP 50 PATI WARGA MYANMAR DI TANAH MERAH

 

TANAH MERAH – Polis menahan 50 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang bersembunyi di sebuah rumah kedai di Kampung Jelakong di sini petang Selasai.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada jam 5.30 petang. Semasa pemeriksaan, polis menemukan 43 lelaki dan tujuh wanita warga Myanmar berusia 18 hingga 45 tahun di dalam rumah kedai tersebut.

Pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka dibawa masuk ke negara ini sejak tiga hari lepas melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk bekerja di Kuala Lumpur, Kuantan, Genting Highlands dan Cameron Highlands.

Premis terbabit dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum mereka dibawa keluar dari Kelantan.

Susulan itu, dua lelaki warga tempatan terlibat ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut