Seminar Pembangunan Strategi Keselamatan Siber Negara

3 Disember 2018, JW Marriot Kuala Lumpur

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Seminar Pembangunan Strategi Keselamatan Siber Negara (MCSS). Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan berhubung pendekatan yang perlu diambil oleh negara dalam membangunkan strategi keselamatan siber yang berkesan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk kepentingan tadbir urus yang teratur dan efektif melalui kerjasama awam dan swasta serta pembangunan keupayaan dan kapasiti.

 

Majlis Perasmian bagi Seminar ini telah diadakan pada pagi tadi di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dihadiri oleh lebih 300 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan swasta.

 

 

 

 

 

 

 

 

Please be advised that if you received an email suggesting that DHL is attempting to deliver a package requesting that you open the email attachment in order to affect delivery, this email is fraudulent, the package does not exist and the attachment may be a computer virus. Please do not open the attachment....
Subuh 06:07
Syuruk 07:25
Zohor 13:27
Asar 16:49
Maghrib 19:25
Isyak 20:38