Seminar dan Tabletop Exercise (TTX) Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 65 (2017)

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Petroleum Management (MPM), PETRONAS dan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited telah mengadakan Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 65 (2017) melalui Seminar dan Tabletop Exercise (TTX) pada 31 Oktober 2017 hingga 2 November 2017 di Kota Kinabalu, Sabah. 33 Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Sabah serta  pihak swasta turut terlibat dalam menjayakan Seminar dan TTX  kali ini. 

Seminar dan TTX ini bertujuan untuk menguji Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan–ERP) MPM-PETRONAS, Repsol Oil & Gas Malaysia Limited selaku salah satu operator pelantar minyak di perairan Sabah, dan kesiapsiagaan serta tindak balas kementerian/jabatan/agensi di bawah Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan (2002), Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara dan Arahan MKN No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam.

Seminar dan TTX  ini merupakan latihan kali pertama yang melibatkan Jabatan/Agensi di peringkat negeri Sabah. Latihan sebelum ini hanya  melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Laut Diraja Malaysia dan PETRONAS dalam mengendalikan krisis ancaman keganasan yang melibatkan pelantar minyak dalam perairan Malaysia. Seminar dan TTX Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 65 (2017) merupakan satu lagi usaha Kerajaan dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Eksesais berskala penuh (full scale exercise)  yang melibatkan pengunaan aset dan pergerakan pasukan penggempur bagi Eksesais Jerung Emas (EJE) akan diadakan pada tahun 2018.

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Subuh 05:45
Syuruk 07:04
Zohor 13:06
Asar 16:29
Maghrib 19:04
Isyak 20:18