Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018

Bahagian Korporat dan Dasar bersama-sama Bahagian Khidmat Pengurusan telah berjaya mengajurkan Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018 pada 23 hingga 25 November 2018 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands yang dihadiri lebih kurang 60 orang peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri bersama pegawai masing-masing.

 

Program ini telah membincangkan mengenai MyPortfolio, MyPerformance, MyTakwim dan input-input Activity Performance Management Committee (APMC) yang berpandukan kepada 6 Objektif Strategik MKN seterusnya merangka hala tuju Majlis Keselamatan Negara bagi tahun 2019.

 

Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri bersama pegawai masing-masing bergambar kenangan di hadapan IAB, Genting Highlands.

 

Salah satu sesi perbincangan sewaktu Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018

 

Program ini telah berjaya menghimpunkan semua pandangan untuk merangka gerak kerja bersama tahun 2019 dan dilihat semua peserta lebih bersemangat dan bersedia untuk menjayakan agenda MKN pada tahun hadapan.

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 189 dan Wanita Siri 45 Tahun 2019 Kini DIBUKA. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan http://army.mod.gov.my
Subuh 06:07
Syuruk 07:25
Zohor 13:27
Asar 16:49
Maghrib 19:25
Isyak 20:38