PROGRAM BICARA PERDANA BERSAMA SOHIBUS SAMAHAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

10 Januari 2019, Dewan Taklimat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Putrajaya

 

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Majlis Keselamatan Negara telah menganjurkan Program Bicara Perdana Bersama Sohibus Samahah YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Program ini membicarakan isu “Ancaman Pemikiran (Pluralisme, Liberalisme dan Ateisme) Terhadap Keselamatan Negara”. Dato’ Seri Zulkifli telah mengupas punca pemikiran tersebut terbentuk dan menasihati agar umat Islam sentiasa mendalami ilmu Islam bagi mengikis sifat jahil yang membawa kepada pemahaman yang menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Aluan perasmian oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara

 

Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan mengisi program Bicara Perdana

 

Bicara Perdana ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan dihadiri oleh lebih 200 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan.

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Subuh 05:45
Syuruk 07:04
Zohor 13:06
Asar 16:29
Maghrib 19:04
Isyak 20:18