Perlawanan Persahabatan NSC FC vs LWB FC

Perlawanan persahabatan bola sepak antara National Security Council FC dan Laskar Wizurai B FC telah berlansung pada 29 April 2019 di Padang Bola Sepak Sintetik Presint 8, Putrajaya.

Perlawanan ini berlansung dengan baik sekali dan diadili oleh pengadil yang profesional. Objektif utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, meningkat semangat kesukanan daripada kedua-dua belah pihak disamping mencergaskan minda dan kesihatan selepas penat bekerja dalam tugasan seharian.

Turut bersama-sama dalam perlawanan persahabatan ini ialah En. Khairil Hilmi Bin Mokhtar, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MKN. Penyertaan dan sokongan daripada kedua-dua belah pasukan amat memberangsangkan. Penonton daripada warga MKN turut memeriahkan lagi suasana perlawanan pada malam tersebut. Keputusan perlawanan adalah seri 4-4.

 

Sempena dengan Bulan Keselamatan Negara (BKN) bermula 1 hingga 31 Ogos 2019 ini mari lah kita seluruh rakyat Malaysia menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.  
Subuh 05:49
Syuruk 07:10
Zohor 13:22
Asar 16:46
Maghrib 19:30
Isyak 20:45