Panglima ATM dilantik Ketua Pengarah MKN

BERITA HARIAN : NEW YORK 25 Ogos 2016 -  Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelantikan itu berkuat kuasa 15 Ogos lalu. Zahid berkata, pelantikan Zulkifeli membuktikan keseriusan kerajaan menjaga pertahanan dan keselamatan negara. Pelantikan itu dan pewartaan Akta MKN membuktikan tuduhan beberapa pihak bahawa kuasa untuk mengisytiharkan darurat diambil-alih daripada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak benar. Ahmad Zahid berkata, akta itu hanya memberi kuasa kepada MKN untuk mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu yang diancam keganasan atau keselamatan, bukan bagi seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini pegawai kanan awam dilantik sebagai Setiausaha MKN, tetapi kini Panglima ATM diletakkan sebagai Ketua Pengarah pertama.

 YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Bin Mohd Zin

"Ini bagi menunjukkan keseriusan MKN menangani ancaman yang datang dari dalam dan luar negara yang kita tidak tahu bila dan di mana. "Pada masa depan, pegawai kanan dari Polis Diraja Malaysia boleh diletakkan sebagai Ketua Pengarah," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Perwakilan Malaysia di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Datuk Ramlan Ibrahim. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dasar pertahanan dan keselamatan yang menjadi perkara penting dapat menjadi satu sinergi supaya setiap tindakan lebih kepada percantuman dan pelaksanaan tugas kementeriannya dan Kementerian Pertahanan.

Justeru, beliau meminta semua rakyat Malaysia melihat langkah itu secara positif kerana soal ancaman bukan sesuatu yang harus diremehkan. "Saya selalu menyebut bahawa kita boleh berbeza pendapat, sama ada kita sebagai ahli politik di pihak kerajaan dan pembangkang atau organisasi. "Perbezaan pendapat memang diraikan tetapi dalam soal keselamatan, pertahanan negara, jangan ada perbezaan pandangan," katanya. Ahmad Zahid berkata, beberapa negara sudah melarang telefon dibawa masuk ke kawasan atau kompleks kerajaan kerana dianggap kawasan sensitif dan keselamatan. "Walaupun telefon dimatikan tetapi ada peranti di dalamnya boleh diaktifkan untuk merakam perbincangan. Ia juga boleh dijadikan alat untuk melakukan sesuatu jika telefon berada dalam sesuatu kawasan keselamatan," katanya. Beliau juga berharap apa yang dilakukan kerajaan dapat memberi gambaran baharu kepada rakyat supaya tidak mengambil mudah soal pertahanan serta keselamatan dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan.


  • UNDANGAN KE PUBLIC SECTOR CHIEF INFORMATION OFFICER CONVENTION AND EXHIBITION (CIO CONVEX) 2018 "Next-Gen Government (Embracing Innovation and Disruption)" 13 - 14 November 2018 | Tabung Haji Convention Centre, KLIA     
Subuh 05:41
Syuruk 06:58
Zohor 13:01
Asar 16:23
Maghrib 18:58
Isyak 20:11