NSOF Bukti Kerajaan Tegas Isu Keselamatan

UTUSAN MALAYSIA: KUALA LUMPUR 27 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) mencerminkan komitmen dan ketegasan kerajaan yang tidak akan berkompromi dalam soal keamanan dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang berjaya menggabungkan pasukan keselamatan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu pasukan.

Beliau berkata, pasukan tersebut diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan penubuhannya adalah selari dengan Akta MKN.“Kerajaan tidak bersikap apologetik dalam mengambil langkah yang berkesan untuk pasukan keselamatan tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.“Daripada kita bertindak sebagai kumpulan dalam lohong masing-masing, kita tubuhkan NSOF. Saya percaya penggabungan pasukan ini mampu meningkatkan kemampuan dalam menghadapi apa juga situasi dan keadaan yang memberi ancaman kepada negara.“Saya harap pasukan ini akan memberi nilai tambah dalam usaha kita memerangi keganasan. Saya juga yakin ini akan menyumbang kepada usaha kita memberi jaminan keamanan dan keselamatan kepada rakyat serta negara,” katanya ketika berucap pada pelancaran NSOF di Kem Perdana Sungai Besi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

 

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada 13 Mac 2019 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Subuh 05:49
Syuruk 07:05
Zohor 13:15
Asar 16:28
Maghrib 19:20
Isyak 20:31