Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Safer Internet Day 2018 Edisi Malaysia

Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Safer Internet Day (SID) 2018 Edisi Malaysia telah diadakan pada 24 Februari 2018 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung Kehormat Program PERMATA.

Ucapan Aluan disaampaikan oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.

Ucapan Aluan disampaikan oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut melancarkan Buku Panduan Keibubapaan Siber. Buku ini diterbitkan khusus bagi memberi maklumat dan informasi kepada ibu bapa mengenai tatacara untuk menjadi ibu bapa atau penjaga yang bijak mengasuh dan mendidik anak-anak di alam siber.

Sempena sambutan SID 2018 Edisi Malaysia, Majlis Keselamatan Negara melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) hari ini menganjurkan Seminar Keibubapaan Siber bertajuk “Keluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Anda” (Cyber Resilient Families Begin With You).

Pelbagai topik menarik antaranya Landskap Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian: Undang-Undang dan Perundangan di Malaysia, Keselamatan Alam Siber Dalam Pendidikan: Membina Daya Tahan Digital Bagi Keselamatan Internet dan Penjenayah Di Dalam Telefon dibincang serta dapatan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dibentangkan menerusi dua sesi forum bertajuk Eksploitasi Siber: Pencegahan di Sekolah (Cybervictimization: Prevention in Schools) dan Keibubapaan Siber dan Ancaman Kesihatan Siber (Cyber Parenting and Cyber Medical Threats).

  • Tahniah diucapkan kepada YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7
Subuh 05:49
Syuruk 07:10
Zohor 13:22
Asar 16:46
Maghrib 19:31
Isyak 20:45