Majlis Penyerahan Surat Penyiaran Di Bawah Peraturan 18 (1), Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Pertimbangan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan Di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil.1/2017 yang telah diadakan pada 17 Oktober 2017, dipengerusikan oleh YBhg. Jen Tan Sri KPKN dan dianggotai oleh wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan JPM telah bersetuju untuk memperakukan kenaikan  pangkat bagi Kumpulan Pelaksana Gred N19  yang telah berkhidmat tiga belas (13) tahun dan lebih di dalam Perkhidmatan Gunasama Persekutuan serta telah mematuhi syarat-syarat untuk pertimbangan kenaikan pangkat. Dalam hal ini, seramai 28 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 telah diperakukan kenaikan pangkat ke gred N22 seperti berikut:

  • 17 orang kenaikan pangkat pada 27 Julai 2017;
  • 1 orang kenaikan pangkat pada 12 Ogos 2017;
  • 6 orang kenaikan pangkat pada 24 Ogos 2017;
  • 1 orang kenaikan pangkat pada 21 September 2017;
  • 2 orang kenaikan pangkat pada 11 Oktober 2017; dan
  • 1 orang kenaikan pangkat pada 12 Oktober 2017.

Sebelum ini, semua urusan kenaikan pangkat secara TBBK dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Walau bagaimanapun, selaras dengan pelaksanaan Transformasi Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan bersesuaian dengan prinsip ‘empowerment’ dan ‘delegation of power’, Mesyuarat Mingguan Ketua Setiausaha Negara (MMKSN) Bilangan 19 Tahun 2016 yang memutuskan bahawa lembaga kenaikan pangkat tambahan ditubuhkan bertujuan untuk mempertimbangkan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

Kuasa Lembaga Kenaikan Pangkat yang baharu adalah di bawah Kementerian atau Jabatan manakala Kuasa Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat adalah kekal di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Pelaksanaan kuasa-kuasa oleh LKPPAT ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2017.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Surat Penyiaran Di Bawah Peraturan 18 (1), Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 telah diadakan seperti butiran berikut:

        Tarikh            :           1 November 2017 (Rabu)

        Masa              :           12.30 tengah hari – 1.30 petang

        Tempat          :           Dewan Makan ICU Aras 1, Blok Timur

                                           Bangunan Perdana Putra

                                           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                                           62502 PUTRAJAYA

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi MKN, Pengarah-Pengarah Bahagian, penerima surat kenaikan pangkat dan urus setia. MKN merakamkan ucapan tahniah di atas kenaikan pangkat 28 orang pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 (TBBK).

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 1440H / 2019M daripada warga Majlis Keselamatan Negara
Subuh 05:44
Syuruk 07:06
Zohor 13:19
Asar 16:45
Maghrib 19:28
Isyak 20:43