Majlis Pembukaan CSM-ACE 2017

YBhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara telah menyampaikan ucapan aluan di Majlis Pembukaan CyberSecurity Malaysia - Awards, Conference and Exhibition (CSM-ACE) 2017 pada 10 Oktober 2017. CSM-ACE 2017 merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bersama oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia yang mengumpulkan pakar dan pemain industri keselamatan siber dari dalam dan luar negara. CSM-ACE 2017 yang bertemakan “#cyberreadiness - Securing Digital Economy” berlangsung dari 9 hingga 12 Oktober 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur merangkumi pelbagai program seperti persidangan, kursus dan ceramah serta pameran produk-produk berkaitan keselamatan siber.

 

 

YBhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara ketika menyampaikan ucapan aluan.

 

 Majlis Pembukaan CSM-ACE 2017 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada 13 Mac 2019 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Subuh 05:49
Syuruk 07:05
Zohor 13:15
Asar 16:28
Maghrib 19:20
Isyak 20:31