Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara MOSTI Dan MKN

Satu Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Pemindahan Fungsi Keselamatan Siber di bawah CyberSecurity Malaysia (CSM) ke Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah diadakan di Putrajaya pada 21 Disember 2017.

Ini adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan pewujudan Agensi Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Agency (NACSA)) sebagai satu agensi pusat khusus yang bertanggungjawab ke atas semua aspek keselamatan siber bagi memantapkan pengurusan keselamatan siber negara. Penubuhan NACSA sebagai agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri membuktikan komitmen serius Kerajaan dalam menangani ancaman siber.

Berdasarkan kepada keputusan tersebut juga, salah satu persetujuan yang telah dicapai adalah pemindahan fungsi-fungsi keselamatan siber di bawah CyberSecurity Malaysia (CSM), sebuah agensi di bawah MOSTI ke NACSA. Pemindahan fungsi ini dilaksanakan melalui pemeteraian Nota Kerjasama antara MOSTI dan MKN.

 

Nota Kerjasama ini telah ditandatangani oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, MKN dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha, MOSTI.

 

Majlis ini turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 1440H / 2019M daripada warga Majlis Keselamatan Negara
Subuh 05:44
Syuruk 07:06
Zohor 13:19
Asar 16:45
Maghrib 19:28
Isyak 20:43