Majlis Amanat YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Memperbaharui Ikrar Aku Janji & Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972

Majlis Amanat YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Memperbaharui Ikrar Aku Janji &  Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diadakan pada 22 Januari 2018 (Isnin), bertempat di Dewan Taklimat ICU, Aras 1, Blok Timur. Majlis ini merupakan acara yang dilaksanakan pada setiap tahun dan telah dihadiri seramai 298 orang yang terdiri daripada Pihak Pengurusan Tertinggi MKN, Penasihat Keselamatan MKN, Pengarah Bahagian (PB), Pengarah Keselamatan Negeri (PKN), warga MKN di Ibu Pejabat dan Pegawai dari MKN Negeri.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), MKN yang telah menyampaikan amanat tahun 2018 sebagai garis panduan untuk melaksanakan gerak kerja pada tahun 2018 dan juga pemakluman berkaitan pencapaian tahun 2017.

Lafaz Ikrar Aku Janji telah dipimpin oleh YBrs. Encik Baharuddin bin Tahir, PKN MKN Negeri Johor dan Lafaz Akta Rahsia Rasmi 1972 pula telah dipimpin oleh YBrs. Brigadier Jeneral Khiruddin bin Sharuddin, Pengarah PPON.

Tayangan montaj aktiviti/program & pencapaian MKN untuk tahun 2017 telah disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, MKN hasil daripada input yang disumbangkan oleh semua Bahagian dan MKN Negeri.

Acara kemuncak telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (I) dan YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (II) untuk menandatangani Ikrar Aku Janji & Akta Rahsia Rasmi 1972. Sesi penyerahan Ikrar Aku Janji & Akta Rahsia Rasmi 1972 telah dimulakan dengan YBhg. Dato’ Zahari bin Alias, Pejabat TKPKN (I), YBrs. Tuan Ahmad Shublee Bin Othman, Pejabat TKPKN (II) diikuti dengan Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri. 

  • Tahniah diucapkan kepada YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7
Subuh 05:49
Syuruk 07:10
Zohor 13:22
Asar 16:46
Maghrib 19:31
Isyak 20:45