Latar Belakang Ringkas Penubuhan Jawatankuasa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO)

Jawatankuasa/Kumpulan Kerja Sosial Ekonomi (SOSEK MALINDO)

Latar Belakang Penubuhan JKK/KK SOSEK MALINDO

Indonesia dan Malaysia merupakan dua Negara yang bertetangga dan mempunyai garis batas yang sama di wilayah Borneo/Kalimantan dan perairan Selat Melaka. Meskipun kedua negara memperoleh kemerdekaannya dengan cara yang berbeza, namun mempunyai banyak persamaan dari segi geografi dan sosial budaya. Sebagai negara yang berkongsi sempadan langsung, kedua negara mempunyai aspirasi dan persepsi yang sama untuk memanfaatkan potensi yang ada di sempadan untuk dikelola bagi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat perbatasan kedua negara. Di samping itu, ancaman yang timbul di daerah sempadan, terutama sekali di era-era menonjolnya gerakan komunisme mendorong kedua negara tertangga ini untuk memantapkan kestabilan keamanan seranta telah membuat kedua negara ini bekerjasama lebih erat dalam berbagai bidang.

Detik-Detik Pembentukan JKK/KKSOSEK MALINDO

Kerjasama perbatasan kedua negara telah dimulai dalam bidang keselamatan sejak tahun 1967 iaitu dengan ditandatanganinya Persetujuan Mengenai Peraturan Keselamatan di Kawasan Sempadan/Persetujuan mengenai Pengaturan Dalam Bidang Keamananan Daerah-Daerah Perbatasan. Pada tanggal 24-25 Julai 1972 di Prapat-Sumatera Utara, persetujuan ini telah dikemaskini dan selanjutnya pada tahun 1984 persetujuan tersebut telah dikemaskini kembali disesuaikan dengan tuntutan perkembangan yang dihadapi saat itu dalam bentuk program kerjasama Ketenteraan dan Kepolisian dengan pola pendekatan keselamatan.

Tujuan utama persetujuan kerjasama keselamatan sempadan pada awal pembentukannya seperti tersebut di atas adalah untuk menumpaskan gerakan komunis di daerah perbatasan Malaysia-Indonesia terutama di daerah perbatasan Sarawak dan Kalimantan Barat. Kemudian sejak tahun 1984 kerjasama keselamatan ini diperluas hingga merangkumi semua jenis bidang iaitu ideologi, politik, sosial, budaya dan ekonomi. Demikian pula dengan daerah operasinya turut diperluas hingga ke seluruh daerah perbatasan darat, laut dan udara yang tidak hanya di perbatasan Kalimantan saja tetapi juga ke wilayah perbatasan RI-Malaysia sebelah barat iaitu antara Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Pada awal dekad 1980-an perubahan dan tuntutan kearah pembangunan di kedua negara turut ikut mempengaruhi pendekatan yang diambil dalam menguruskan sempadan bersama.

Selaras perkembangan saat itu, maka selain dengan operasi ketenteraan dan kepolisan juga dilakukan dengan langkah-langkah pembangunan di bidang sosio-ekonomi. Pola kerjasama seperti itu sesuai dengan pendekatan yang dilakukan oleh Indonesia dan Malaysia di bidang pembangunan nasional, di mana berhasilnya pembangunan ekonomi memerlukan jaminan keselamatan atau dengan perkataan lain kestabilan keselamatan berpengaruh terhadap kelancaran dan berhasilnya pembangunan kesejahteraan bangsa di kedua negara. Sebaliknya kestabilan keselamatan yang mantap tanpa diimbangi dengan pembangunan kesejahteraan berpotensi menimbulkan gejala sosial.

Kemiskinan dan kemunduran merupakan faktor yang menyuburkan penjenayah dan ajaran komunis. Kerana itu peningkatan kesejahteraan penduduk daerah sempadan perlu digalakkan dan diberi perhatian bersama.

VISI DAN MISI JKK/KK SOSEK MALINDO

VISI

KK/JK SOSEK MALINDO adalah mencapai keharmonian dan kesinambungan pembangunan sosio-ekonomi untuk manfaat bersama khususnya di persempadan kedua-dua negara melalui kerjasama SOSEK MALINDO.

MISI

1.Meningkatkan kerjasama pembangunan sosio ekonomi di kawasan sempadan kedua-dua     negara untuk mencapai kesejahteraan dan  keharmonian masyarakat di kawasan sempadan.

2.Meningkatkan perancangan dan pengembangan kawasan sempadan sebagai “barisan hadapan” negara dengan mengambilkira kedaulatan negara masing-masing serta mempertimbangkan aspek kesejahteraan, keselamatan dan lingkupan alam sekitar.

TUGAS-TUGAS JKK/KK SOSEK MALINDO

Tugas KK/JKK SOSEK MALINDO Tingkat/Peringkat Pusat.

1.Merumuskan , menyiapkan dasar dan rancangan kerjasama pembangunan di bidang SOSEK MALINDO.

2.Merumuskan, menyiapkan dasar dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pimpinan General Border Commitee (GBC) Malindo dalam rangka kerjasama pembangunan SOSEK MALINDO.

3.Mengkoordinasikan dan bekerjasama dengan Kementerian dan Agensi barkaitan guna memelihara kelancaran penyelenggaraan pembangunan wilayah perbatasan.

4.Menghimpun, menilai, menyimpulkan serta menyarankan hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan kerjasama pembangunan Sosial Ekonomi Wilayah Perbatasan Malindo.

5.Mengkaji serta mempelajari masalah-masalah yang dapat dikerjasamakan oleh kedua-dua negara (Malindo).

Tugas KK/JKK SOSEK MALINDO Peringkat Negeri

1.Menentukan projek-projek pembangunan yang akan membawa keseimbangan dan keselamatan di wilayah sempadan bersama.

2.Menentukan projek-projek di negeri yang dapat mendatangkan manfaat bagi kedua pihak dan boleh digunakan secara bersama.

3.Menentukan projek-projek usaha sama.

4.Merancang cara-cara perlaksanaan pembangunan sosio ekonomi di daerah sempadan negeri masing-masing sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh KK/JKK SOSEK MALINDO Peringkat Pusat.

5.Melaksanakan pertukaran informasi mengenai projek-projek pembangunan sosio-ekonomi di wilayah sempadan bersama.

6.Menyampaikan kertas kerja dan laporan kepada KK/JKK SOSEK MALINDO Peringkat Pusat mengenai pelaksanaan pembangunan sosio-ekonomi di wilayah sempadan.

7.Menentukan infrastruktur pembangunan, social budaya, administrasi dan kegiatan-kegiatan sosial ekonomi yang ada.

8.Menentukan wilayah yang perlu mendapat perhatian dari segi keselamatan untuk pembangunan selanjutnya sesuai keutamaan.

9.Meningkatkan pembangunan yang ada ke taraf yang akan memberi manfaat kepada rakyat, seimbang dengan keperluan keselamatan.

10.Mempelajari keperluan untuk pembangunan projek-projek baru di bidang sosial ekonomi yang berkaitan dengan kepentingan keselamatan dan kesejahteraan untuk jangka pendek dan panjang.

11.Memastikan keperluan kemudahan-kemudahan yang boleh digunakan bersama.

12.Mengkoordinasikan pembangunan kedua pihak seiring dengan rancangan yang telah disetujui.

13.Mewujudkan satu cara di mana implikasi kewangan untuk pembangunan di wilayah sempadan memungkinkan untuk dibiayai oleh kedua pihak.

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Subuh 05:45
Syuruk 07:04
Zohor 13:06
Asar 16:29
Maghrib 19:04
Isyak 20:18