Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri

Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 17 – 19 November 2017 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai pelaksanaan Perakaunan Akruan dan meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kewangan dan organisasi. Selain itu, objektif kursus ini juga adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai elemen-elemen akauntabiliti dan pembudayaan integriti dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan yang berhemah di samping menyediakan jaringan perhubungan dan melahirkan pegawai dan kakitangan MKN yang kompeten dan berkebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan.

Seramai 51 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang menguruskan kewangan dan akaun di peringkat Ibu Pejabat dan MKN Negeri telah menghadiri kursus ini. Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan Pengenalan Asas Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) yang disampaikan oleh En. Rajendran a/l Arjunan, Ketua Program Perakaunan, Institut Perakaunan Negara (IPN). Selain itu, bagi menyahut cabaran Kerajaan ke arah Transformasi Kerajaan, semangat dan kesedaran peserta turut disuntik dengan ceramah motivasi Transformasi Kecemerlangan Diri yang telah disampaikan oleh En. Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, MKN. Pada sesi terakhir kursus, peserta telah diberikan ceramah mengenai Integriti Dalam Perkhidmatan Awam oleh En. Mohd Hafizdi bin Che Mohd Akhir daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).

 

Sesi taklimat oleh oleh En. Rajendran a/l Arjunan, Ketua Program Perakaunan, Institut Perakaunan Negara

 

Ceramah Motivasi Transformasi Kecemerlangan Diri disampaikan oleh En. Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, MKN

 

En. Mohd Hafizdi bin Che Mohd Akhir daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) menyampaikan ceramah bertajuk Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

 

YBhg. Dato’ Ahmad Shublee bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara 2, MKN bergambar bersama semua peserta kursus

 

Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Shublee bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara 2, MKN.

Adalah diharapkan semua peserta dapat menjadikan kursus ini sebagai platform menambah ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kewangan terutamanya sebagai persediaan terhadap peralihan dalam pelaksanaan Perakauanan Akruan dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada perkhidmatan awam, rakyat dan negara.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

20 NOVEMBER 2017

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 1440H / 2019M daripada warga Majlis Keselamatan Negara
Subuh 05:44
Syuruk 07:06
Zohor 13:19
Asar 16:45
Maghrib 19:28
Isyak 20:43