Kursus Pemantapan Jati Diri Setiausaha Pejabat Dan Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Keselamatan Negara (MKN), JPM

Kursus Pemantapan Jati Diri Setiausaha Pejabat dan Penolong Pegawai Tadbir, MKN, JPM telah diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2017 bertempat di Pusat Latihan Awam (PLATIH), Kementerian Pertahanan, Fraser Hill, Pahang. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran kepada kakitangan MKN terutamanya Setiausaha Pejabat dan Penolong Pegawai Tadbir terhadap peranan dan fungsi tugas mereka sebagai penjawat awam di MKN, JPM.

 

Kursus ini melibatkan seramai 51 orang peserta terdiri daripada Setiausaha Pejabat dan Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian dan MKN Negeri. Selain itu, penceramah yang terlibat terdiri daripada Pegawai Kanan Psikologi, Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi), Bahagian Inovasi Dan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan wakil Bahagian Komunikasi Strategi (BKS), MKN, JPM.Diharapkan melalui kursus ini, peserta mendapat pendedahan mengenai organisani MKN dan mampu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, jaringan perhubungan, motivasi dan budaya kerja yang efektif.

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada 13 Mac 2019 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Subuh 05:49
Syuruk 07:05
Zohor 13:15
Asar 16:28
Maghrib 19:20
Isyak 20:31