Kaedah Perolehan Secara Sebutharga

1.
Umum
  1.1  
Semua tawaran sebutharga bekalan dan perkhidmatan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah melalui Sistem e-Perolehan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  1.2  
Tawaran sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memasuki SEBUTHARGAdan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan masih sah tempohnya di bawah kod bidang yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh MKN.
  1.3  
Sebutharga hendaklah dibuat melalui sistem ePerolehan (kemudian ini disebut eP) dan hanya syarikat atau pembekal yang eP enabled sahaja dibenarkan menyertai sebutharga. Pembekal/syarikat yang ePenable adalah pembekal/syarikat yang mempunyai kad pintar berserta pembaca kad pintar atau USB Token.
  1.4   Cadangan Sebutharga hendaklah dibuat menggunakan :
         
i.
Sistem eP (atas talian); dan
         
ii.
Lampiran-lampiran yang disediakan (secara manual)
  1.5  
Cadangan Sebutharga (atas talian) yang lengkap dan sempurna diisi hendaklah dihantar secara atas talian menggunakan sistem eP. Penyebutharga dibenarkan untuk mengemas kini tawaran sebutharga yang telah dikemukakan secara atas talian sehingga waktu dan tarikh tutup sebutharga. Syarikat bertanggungjawab memastikan penghantaran atas talian berjaya dan kegagalan berbuat demikian bukan tanggungjawab kerajaan.
  1.6  
Tempoh sahlaku pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputra hendaklah berkuatkuasa di sepanjang tempoh sahlaku tawaran dan bagi tempoh kontrak (jika berjaya).
  1.7  
Sebutharga yang dibuat tanpa menggunakan borang tender rasmi yang dimuat turun dari Sistem eP tidak akan dipertimbangkan.
 
2.
Syarat-Syarat Kelayakan Sebutharga
 
2.1
 
Syarat-syarat kelayakan sebutharga adalah sama dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk tender. Rujuk link untuk Tender
 
Nota :
     
Maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat, spesifikasi sebutharga terdapat dalam dokumen yang akan dikeluarkan oleh MKN apabila terdapat keperluan.

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Subuh 05:45
Syuruk 07:04
Zohor 13:06
Asar 16:29
Maghrib 19:04
Isyak 20:18