International Conference On Rohingya 2017

Persidangan Antarabangsa Mengenai Rohingya 2017 (International Conference on Rohingya 2017) telah diadakan pada 14-16 Mac 2017 di Hotel Marriot, Putrajaya dan dianjurkan bersama oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan Yayasan Amal Malaysia (YAM). Majlis Pembukaan persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang manakala Majlis Penutup dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Persidangan ini telah melibatkan seramai lebih kurang 250 peserta dari dalam dan luar negara serta memuatkan pembentangan kertas kerja oleh lima (5) orang pembentang seperti berikut:

Pembentang 1: Mr. Tun Khin (Aktivis Hak Asasi Manusia, UK)

Tajuk - ‘Rohingya: History and Reality’

 

Pembentang 2: Mr. Tin Soe (Pengarah Eksekutif, Kaladan Press Network, Myanmar)

Tajuk – ‘Pushing for Racial Equality in Myanmar’

 

Pembentang 3: Mr. Richard Towle (Representative, UNHCR Malaysia)

Tajuk – ‘Managing Refugees in Malaysia: Challenges and Way Forward’

 

Pembentang 4: Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar (Mantan Menteri Luar Negeri)

Tajuk – ‘The Plight of Rohingya: OIC Perspective’

 

Pembentang 5: Abdul Ghaffar Aziz (Assistant Undersecretary, International Union for Muslim Scholars, Pakistan)

Tajuk – ‘Islamophobia: Perception or Reality’

 

Selain 5 pembentangan tersebut, persidangan ini turut memuatkan pembentangan daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang hadir sebagai pembentang jemputan khas dan mengupas tajuk ‘Managing Rohingyas in Malaysia: Issues and Challenges’. Pembentangan ini amat istimewa kerana inilah pertama kali Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri diberi peluang untuk mendedahkan mekanisme pengurusan pemegang kad UNHCR etnik Rohingya di Malaysia dalam sebuah persidangan bertaraf antarabangsa dengan memberi penekanan terhadap pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.

 Persidangan selama tiga hari itu turut mencapai 14 resolusi bagi membantu etnik Rohingya seperti berikut:

  1. Establish a working group of NGO’s from all over the world for a fact finding mission on the citizenship status of the Rohingya people;
  2. Facilitate registration of Rohingyas by UNHCR at all host countries;
  3. Create global awareness on the issues of Rohingya through media;
  4. Establish an information resource centre on Rohingya;
  5. Take concerted effort to raise awareness within Myanmar on the encroachment of fundamental rights of Rohingyas;
  6. Adopt a constructive engagement approach within the ASEAN community to persuade Myanmar to rectify its policies towards the Rohingya people;
  7. Promote ASEAN military diplomacy options by engaging with the Myanmar military in order to soften their stand on Rohingya issue;
  8. Urge ASEAN to establish task force to combat human trafficking;
  9. Call attention of the upcoming World Health Assembly to the root causes of the mass emigration of Rohingyas including statelessness, violence and the denial to the rights to health;
  10. Call upon the World Health Assembly to consider the plight of Rohingyas when drafting the Framework to Promote the Health of Refugees and Migrants;
  11. Establish a special fund for the economic development of the Rohingya people with initial contribution by OIC Members;
  12. Empower the Rohingya community through education and skill training;
  13. Provide scholarship for outstanding Rohingya students; and
  14. Ensure safe passage and timely deliverance of aid to the Rohingya in Myanmar.

  • Sila ke pautan Akta MKN 2016 di Laman Utama untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.
Subuh 05:39
Syuruk 07:01
Zohor 13:13
Asar 16:37
Maghrib 19:22
Isyak 20:36