Ekspedisi Gunung Kinabalu – Kelab Majlis Keselamatan Negara

Perjalanan empat ahli Misi Kinabalu MKN bermula sebaik sahaja pesawat yang dinaiki peserta selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Misi ini dirancang sejak awal 2019, akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat kelulusan tertinggi Kelab Majlis Keselamatan Negara.

Misi yang disertai oleh Baharuddin Bin Tahir, Sophian Isswandy Bin Ismail, Tajul Ariffin Bin Muhamad dan Norhashimah Binti Sulaiman pada 27 dan 28 April 2019 telah berjaya menakluki Gunung Kinabalu, antara puncak tertinggi di Asia Tenggara yang memiliki ketinggian 4,095 meter atau sejauh 8.7 kilometer dari Timpohan Gate.

Kelajuan pendakian sebenarnya bergantung kepada stamina, ketahanan mental dan semangat pendaki. Keadaan suhu yang agak sejuk dan bekalan oksigen yang semakin menipis memberi kesukaran kepada pendaki tetapi dengan teknik pernafasan yang betul serta latihan dan bekalan ubat-ubatan yang cukup, para peserta berjaya dan selamat tiba di puncak Kinabalu dengan jayanya.

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Subuh 05:48
Syuruk 07:03
Zohor 13:10
Asar 16:13
Maghrib 19:13
Isyak 20:21